Saturday, May 7

Tempat karok!!

Ramai yang tanya aku...biasanya karaoke kat mana paling best...aku dah jarang skrg ni gi karaoke sbb takde masa dan korum tak cukup hiihi!! ok ni aku bagi tips tmpt karok yang aku penah pegi.....
  • Red Box ria/plus -Tempat favorite i.. :D Kat Red Box dia menggunakan wireless Mic. lagu-lagu pun banyak variety. Lagu hindi, korea n jepun n indon pun ada. Macam biasa la time happy hours murah sikit, lebih kurang RM 40++ per pax untuk 3 jam. Dan kalau nak pegi petang mahal sikitlah RM80++ per pax 3 jam jugak . Branch Red Box yang penah i pegi, kat Pavilion The Garden Sogo and Low Yat. Dinasihatkan kalau nak pegi kene booking dulu.. No phone sila klik sini..
p/s : harga yang i letak ni lepas dah campur tax and tidbit yang wajib dibayar walaupun tak makan kacang tu..


  • Green Box - Die gune wired mic. Lagu sama je macam kat Red Box (satu company). harga pun lebih kurang je. Yang ni pun better booking dulu ..:D
  • Superstar Karaoke - Yang ni i penah pegi dekat Wangsa Walk je. Oklah not bad.Lagu pun selalu update. waktu siang satu jam RM18 (small room). Waktu malam, tak ingatlah. Jarang pegi sane malam. Air kene beli sendiri. Tempat ni selalu ramai orang, kadang-kadang kene tunggu turn. die gune wired mic. small room die boleh masuk 4 orang. (selalu memang ambik small room je sebab pegi dua orang je).
  • Song Box - Yang ni pun i pegi kat wangsa walk je. wired mic. lagu die hampeh, tak update sangat. Tak sure harga sebab selalu ada orang lain bayarkan.
  • Brem Mall - Kat kepong...yang ni best jugak. Tapi wired mic. dia ada package tapi i tak ingat, baru pegi malam tadi . Harga tak tau sebab ada orang bayarkan.
  • Danau Kota - tak best langsung. Tak payah pegilah. harga dia RM 20 kot sejam. harap-harap akan datang diorang bersihkan tempat tu, gantilah sofa yang dah lubang-lubang tu.. mic die pun berbau dan takde mic cover.
  • News KTV - tempat ni best jugak. kat Imbi Plaza. Yang ni pun orang yang bayarkan so tak tau harga. tapi budak -budak diilarang masuk waktu malam. sebab takut ade operasi.
p/s : kalau dah penah pegi tempat yang terbaik, taknak dah pegi tempat yang hancus.. :D
p/s : actually u boleh check neway karaoke jugak. Kawan i kate tempat tu best. tapi i tak penah pegi.. cubelah google. :D

No comments:

Post a Comment

Disable text

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...