Monday, October 31

~~Happy Birthday Sayang!!~~

Assallamualaikum....

Hari ni 31 Oktober adalah Hari Ulangtahun Kelahiran En.Suami....."Selamat ulangtahun Sayang!! moga panjang umur dan dimurahkan rezeki dan moga sentiasa sihat dan suksess...terima kasih atas segalanya sayang!!....Lv u so much....." sesungguhnya tiada yang berharga selain dari kehadiranmu dalam hidupku......sekian......

~~Makan Kenduri~~

Assallamualaikum....

Sabtu...29 Oktober - Ke Johor Bahru atas jemputan kenduri kawin adik Zetty....uihhhh!! jauh betul perjalanan dari KL - JB...seawal pagi luvlyriena dan Saida bertolak kerana kenduri pada sebelah tghari...alhamdulillah akhirnya kami sampai sekitar jam 2.30pm ke majlis...sesampainya kami kemajlis memang majlis dibanjiri tetamu...ramai sangat almaklumlah 2pasang pengantin yang akan bersanding...krurrr!!! krurrr!! perut kami berdua menahan lapar kikiki!! nak singgah makan di perjalanan takut nanti sampai ke majlis tak makan lak so kami teruskan perjalanan kami....whoaaa!! sampai2 si Saida lak telah di kidnap utk seisi fotografi...krurrr!!! krurrr!! perut luvlyriena makin galak berbunyi kikiki!! sabar menanti selesai Saida bergambar baru dpt makan...terima kasih buat tuan rumah kerana melayan  kami walaupun sibuk...tahniah buat adik kepada Zetty....SELAMAT PENGANTIN BARU...MOGA BERKEKALAN HINGGA KE ANAK CUCU..... :-) niat dihati nak terus balik ke kl sebaik sahaja selesai majlis tapi uihhh!!! amat2 penat..akhirnya kami ambil keputusan untuk bermalam sahaja terima kasih buat Zetty dan adiknya yang sudi jengah dan menemani kami...bila dah bermalam konon2nya buat la planning nak berjalan sekitar JB atau ke kota singa sebelum balik ke KL tetapi kami berdua dah x larat dan Saida pun kepenatan apatah lagi perutnya telah diserang angin dan juga sakit kepala akhirnya kami berdua berehat dibilik saja....turun bersarapan pagi di lobi hotel ....sebelum tghari kami dah check-out.... singgah makan tghari dan akhirnya terus balik ke KL.... :-)




.....SEKIAN.....

~~Asam Pedas Melaka dan Coklat~~

Assallamualaikum...

uihhh!!! dah terlalu lama tak hapdet....bz betul semenjak dua menjak ni...terlalu banyak entry yang tertunggak sampaikn x tau mana nak posting dulu...arghhh!!...Jumaat lepas luvlyriena berkesempatan jumpa En.Hazman Halid... ;-) makan tengahari bersama beliau di Asam Pedas Melaka di JJ AU2 Keramat...memang lama betul luvlyriena tak ke Restoran Asam Pedas Melaka ni :-) sekarang hidangan dah buffet tak macam sebelum ni....macam2 hidangan selain dari asam pedas yang ada...tapi sayangnya luvlyriena nya perut dah penuh sebab sebelum tu luvlyriena dah makan roti di Old Town White Coffee bersama seorang kawan sebelum jumpa beliau....macam biasa la kalau jumpa beliau tak sah kalau tak bawak bekalan untuk beliau...pendek kata hari makan2 sedunia jumaat tu lepas makan ada lak seisi coklat hehehehe!! Thanks dear for the chocolate..... :-) tau2 je favorite luvlyriena coklat ekk!! anyway thanks again...





......SEKIAN.....

Wednesday, October 19

Ku Mohon








Setiap hari kumohon
Agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan dalam hati... kekuatan
Menempuh segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya
Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dengan tenang

Dengan merasa kesyukuran
Ku doa Kau selalu
Mengawasai gerak-geriku
Berkatilah ku penuh rahmat dari Mu

Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu

Ada kalanya ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu... Ooh...
Kuatkanlah
Cekalkanlah diriku

Curahkanlah nikmat Mu pada hidupku

From Paris With Lurv

Assallamualaikum....

betapa terujanya hati bilamana menerima poskad dari jauh....pemberian yang sangat istimewa dari ahli kelab GMM & GKR :-) terima kasih buat Nor Fadzilah Hasamah....atas kiriman poskad yang cantik.....mudah2han insyaallah satu masa nanti luvlyriena akan dapat menjejak tanah Paris...memang sedari kecil lagi inilah satu2nya tempat yang ingin luvlyriena jejak.....



......SEKIAN.....

Tuesday, October 18

~~Siapakah Gerangan Jejaka ini~~

Assallamualaikum.....

Ermmmmm....masih ada yang tertanya-tanya siapakah gerangannya jejaka yang bernama Hazman Halid ini....Situ...sana...sini...rancak bercerita tentang beliau...alunan piano petikannya juga telah berjaya menambat ratusan ribu pendengar dan juga peminat muzik tanahair....bukan sahaja di sini malah dari serata negara.... :-) siapa menduga bilamana petikan pianonya juga telah berkumandang di serata pusat membeli belah dan juga stesyen talivisyen pada syawal yang lalu....Siapakah beliau ini hinggakan telah berjaya menambat hati semua??...adakah beliau seorang pemuzik profesional hinggakan beliau dikenali ramai? segala klip rakaman beliau bermain piano telah dikumpul dan disatukan di "page" beliau yang kini telah mencecah ke angka 130,000.....semuanya dari serata benua......nama beliau juga adalah antara senarai teratas di carta Riverbnation.....jawapan pada persoalan itu adalah "TIDAK" beliau bukanlah seorang pemuzk profesional beliau adalah seorang "jurutera perisian komputer"(Computer Engineer) terhandal di alaf ini amat berbakat dan juga genius.......bakat beliau memang tidak boleh disangkal lagi....bermain piano bagi beliau hanyalah sebagai hobi dikala lapang....SILA KLIK DISINI untuk menyenaraikan diri anda di page beliau...mengenali beliau serta lagu2 petikan beliau.....dan juga KLIK DISINI untuk personal akaun beliau...sekian....


(KREDIT PHOTO TO EN.HAZMAN HALID)




~~Kerja / Makan~~

Assallamualaikum...

Alhamdulillah...segala kepenatan membuahkan hasil...luvlyriena mampu tersenyum bila semua urusan telah hampir selesai.....tugasan hari ni masih di sebelah bangi.... :-)....hari ni luvlyriena and team taklah gerak terlalu pagi...bersarapan dulu di restoran mamak sama seperti hari2 sblmnya...(kenapa kami minat sgt niee ke restoran mamak ni...tak fhm gak kikiki) capati, roti tulorr!!, mee goreng menu kami utk sarapan ;-)


Tghari lak kami lunch kat Carrefour Ampang...ermmm tapi sedikit keterkilanan sebab tidak kena dengan selera kami....mee kari tak rasa kari me sup tawar dan nasi goreng daging merah uugghh!! sebijik rasa lembu dagingnya adehhh!! patah selera .... kami tertipu dek nafsu tika melihat....bak kata pepatah indah khabar dari rupa...


inilah hidangan kami untuk makan tengahari...tetapi sayangnya hidangan yg menarik perhatian mata kami ini tidak memenuhi selera dan anak tekak kami....sekian...



Sent By My iPhone


Sunday, October 16

~~Pekena Nasi Daun Pisang~~

Assallamualaikum...


Hurmm...hari ni adalah hari bersama family sepenuhnya :-) berkesempatan jalan2 cari pasal ke pasar pudu...bukan beli apapun cuma jln2 cuci mata kikiki!! Singgah di restora nasi daun pisang...wallaaa!! dah lama tak pekena nasi daun pisang nihh!!....kami pun makan la nasi daun pisang arini mak aiiii!!! bnyk betul nasinya...tak mampu luvlyriena nak abiskan adehhh!! Mr.Asben saja je bg cadangan makan nasi daun pisang sbb tak bg luvlyriena nk diet la tu adehhh!!....hurmmm nmpk gayanya tak payahlah nak berdiet takde maknanya nak berdiet kalau camni...sekian....




Amik kaww!! punyalah banyak nasi dia adehhh!!


Sent By My iPhone

Saturday, October 15

~~Menu Istimewa Makan Malam~~

Menu untuk malam ini....masak lemak siput sedut, goreng sayur, telur dadar dan sambal belacan serta ulam2man.....alhamdulillah....syukur rezeki yang ada.....sekian....






Sent By My iPhone

~~Dah Upgrade~~

Assallamualaikum..

yeaayyyy!! luvlyriena dah upgrade luvlyriena nya iphone4/ ipad2 ke latest version iOS 5.....akhirnya berjaya mengupgradeknnya sendiri :).... bagi mereka2 yang belum upgrade sila upgrade sendiri..dan anda akan tahu keistimewaan version iOS5 ni ...."senyum tak perlu kata apa-apa" segalanya ada dihujung jari....sekian....





Sent By My iPhone

~~Kenduri Kawin~~

Assallamualaikum...

Hari ni Luvlyriena cuti dari memasak sebab ada jemputan kenduri kawin :P...wahhh!! nampaknya dah start kenduri makan nasi minyak nihh...abislahh..... :) alamatnya gagal lagi la proses untuk mendietkn diri....




~~SEKIAN~~

Sent By My iPhone



~~Kejar Masa~~

Assallamualaikum...

semalam memang hari yang amat memenatkan....seawal pagi dah keluar memulakan tugasan...hurmmm terasa cepat masa berlalu...tak dapat nak cerita akan kesibukkan semalam...walaupun sibuk sempat sarapan dan lunch :) sbb dah diwarning dek Mr.Asben sbb selalu lupa makan... :P

Capati walawee!! di Restoran Ali Maju Ukay Perdana :)

Lunch di "Mai Corner" Taman Lembah Maju....


Sent By My iPhone


Wednesday, October 12

~~Bersawang~~

Assallamualaikum....

hurmmm...dah bersawang Pieces Of Life!! seringkali tak sempat nak mejengah disebabkan sibuk dengan tugasan harian....banyak yang berlaku sebenarnya dalam seminggu ni...semalam seawal pagi dah memulakan tugasan memang agak sibuk kebelakangan ni...sebelah pagi ke Pandan Perdana...dan ke MPAJ di Pandan Indah selesai urusan di MPAJ bergegas pulak ke Metro Kajang menemui kak Salwa dari Metro kajang singgah pulak ke bandar baru bangi kemudian bergegas ke pusat bandar menyetelkan beberapa urusan kerja macamtu la rutin seterusnya selagi tugasan belum selesai....alhamdulillah hari ni luvlyriena dah boleh menarik nafas lega sedikit...cuma hari ni luvlyriena menyediakan Quotation dan bla..bla..bla.. :-) insyaallah kalau luvlyriena rajin luvlyriena akan post entri yg dalam seminggu nihh errrr!! kalau rajin larr kikiki!! ok guys...got to go ...apa????? gambar??? huahuahuahua!! ada...ada...jap luvlyriena post gambar kejadian semalam dan hari ni :-)

Breakfast utk pagi semalam di Panini Cafe

Lunch bersama kak Wawa Zahib, Kud Siah dan Ella Suhaila



menghilangkan stress hari ni smpt bermain congkak bersama Kudsiah

Singgah minum petang tadi di Restoran Ali Maju Ukay Perdana
"Crystal Juice yang marbeles"!!



.......SEKIAN......






Thursday, October 6

~~Tagged~~

Assallamualaikum...

Disebabkn desakan beberapa org kawan luvlyriena yg mintak luvlyriena create akaun "tagged" luvlyriena pun bukakla satu acc tagged ni....hurmmm tak sampai sehari ada acc tagged banyaknya friend request entah dari mana2.....ngeri gak rasa ada acc tagged ni....apa yg luvlyriena nak cerita ni walaupun pada info biodata luvlyriena dah letak status "married" dan jugak just nak cari "friends" saja untuk tambah kenalan masih ramai yang tak ambil peduli....sentap kejap sebab rata2 yg add request tu bila luvlyriena dah accept sbgai kawan majoriti ramai yang dalam list terutama lelaki mencari "skandal" bkn ikhlas berkawan....tersentap luvlyriena berkali2 bila terima private msg rata2 hanya nak berskandal...eewwwww!!! amat tidak suka dengan situasi sebegitu cuma ada sorang dua yang betul ikhlas dan jujur untuk berkawan selebihnya amat menjengkelkn....adehhhh!!! So jalan terbaik deactivated account "tagged" dan tak perlu ada acc "tagged" tak lalu rasanya melayan kehendak mereka yang bukan2 ni.....sekian....

Sent By My iPhone

Tuesday, October 4

~~Fenomena Alaf Ini~~

Assallamualaikum....

Tersentap dengan tajuk berita kes pembuangan bayi...semakin berleluasa alaf ini kejadian seperti ini....sedih bercampur marah hinggap di benak luvlyriena...menitis airmata tatkala melihat klip video dibawah...tergamaknya sang ibu membuang bayi yang tak berdosa...dimanakah rasa kasih sayang dimana hilangnya hati dan  naluri seorang yang bergelar ibu....tiada berhatikah manusia alaf ini hingga ada yang sanggup membuang darah daging sendiri ibarat membuang sisa makanan.... ;-( sunggah kejam tingkahmu wahai si ibu...sungguh penuh syaitan d benakmu wahai si ayah apalah dosa bayi yang tidak mengerti apa2... dan amat sedih kerana tidak diberi peluang langsung untuk sama2 menikmati keindahan alam ciptaan ALLAH S.W.T ini...Nun diluar sana berapa pasangan yang tidak memilik zuriat setelah bertahun dan ada yang berbelas tahun tidak dikurniakan rezeki.....setelah puas mencuba...pernahkah kalian terfikir betapa sedih mereka yang ingin memilkinya....tapi belum termakbul apa yang dihajati....luvlyriena tak mampu bekata apa2 lagi amat2 sedh dengan fenomena ini..dan lebh2 sedih kerana alaf ini manusia sanggup bersikap kejam dimanakah nilai murni...dimanakah nilai kasih sayang bagi setiap manusia alaf ini...satu-satunya rasa yang telah dianugerahkan buat kita hambaNya telah hilang dek kerana nafsu terlalu menguasai.....sighh!!...




Disable text

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...