Tuesday, September 6

~~ masih menerima~~


~~Assallamualaikum~~

Agak lama luvlyriena tak hapdet PIECES OF LIFE!!!!....seringkali tiada kesempatan waktu untuk menarikan jari jemari luvlyriena ke ruangan ini...harap semuanya berada dalam sihat sejahtera hendaknya.....apa yang membuat luvlyriena tersenyum tika menarikan jari jemari ke ruangan ini ialah luvlyriena masih lagi menerima kiriman kad raya dari GKR :-) terima kasih buat Zarina Busu atas kiriman kad raya yang sangat cute!! :-)




Ramadhan telahpun berlalu dan Syawal telahpun menjelma...masih belum terlewat rasanya untuk luvlyriena menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan...agak sibuk syawal tahun ni bagi luvlyriena ini kerana tahun ni turn luvlyriena balik ke kampung halaman Mr.Asben....di Johor...kesunyian terasa syawal tahun ni bilamana kami sekeluarga beraya tanpa arwah adik mr.Asben....sebelum ni arwah lah yang paling sibuk dalam menguruskan persiapan raya setelah pemergian arwah mak....Al-Fatihah buat arwah......lebih sunyi bilamana adik Mr.Asben yang tinggal di Brunei tak dapat balik beraya bersama di kampung disebabkan tugasan.....apapun syawal tahun ni amat bermakna bilamana luvlyriena berkesempatan menziarah waris sebelah Mr.Asben tak kira jauh dekat....sekian.... 




No comments:

Post a Comment

Disable text

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...