Assallamualaikum ~~
Masih terasa keletihan dek kesibukkan melalui dua hari ini. Sungguh kepenatan itu menjalar sehingga mempengaruhi emosi dan minda. Justeru luvlyriena tidak berkesempatan membalas pertanyaan melalui YM dan juga Wassup! .....dan luvlyriena sendiri senang tidak menampakkan diri tatkala mempunyai waktu online, walhal selalu sahaja bertapa di hadapan komputer riba kesayangan ini. Kemaafan dipinta andai yang menyapa tidak terbalas. Bukanlah satu sifat diri sebegitu tetapi terkadang diri memerlukan saat-saat bersendirian. Tidak bererti kehidupan ini tanpa kehadiran anda yang menjadikan luvlyriena terasa bermakna.
Sent By iPhone
No comments:
Post a Comment