Walaupun jam dah menunjukkan 1.30am mata luvlyriena masih membuntang dan tiada tanda2 ingin layu dan tidur...melayani "kisah hati" yang sukar dimengerti....Jujur.... luvlyriena mahu jujur pada diri sendiri. luvlyriena ingin terusi kejujuran ini walau luvlyriena tahu pahit itu akan terasa di mana-mana. Ya Allah, permudahkanlah perjalanan ini agar rasa pahit itu mampu menjadi madu.
luvlyriena katakan pada diri, andai itu telah ditetapkan untuk kebaikan luvlyriena, maka Dia akan mudahkan jalan ini. Tetapi Ya Allah, semakin luvlyriena menuju untuk itu, makin terasa susahnya lorong terpilih ini. Atau mungkin sahaja saya tidak cukup kuat mengharung dugaan, kerana hujungnya pun luvlyriena tidak pasti bagaimana.
Luvlyriena memilih untuk mengikut arus. Luvlyriena berdoa setiap penghujung solat agar pengakhirannya seperti sahaja setiap wanita impikan dalam dunia ini. Ini bukan ‘perjudian’. Walau yang buruk datang, luvlyriena mahu katakan Dia sedang menguji hambaNya. Andai yang baik tiba, luvlyriena minta Dia terus berikan kami kekuatan menjadi hambaNya yang tahu erti bersyukur.
******
Dua bulan yang luvlyriena harungi dengan sedikit rasa sesak. Sesak juga dengan masa-masa bilamana hati, perasaan dan minda bertingkah. Sejujurnya luvlyriena letih. Mengapakah kebahagiaan seperti sahaja sukar untuk didekati. Seperti juga ilusi air, semakin mendekat..semakin jauh pula ia kelihatan, sehingga terkadang kepenatan mendahului semangat yang pada mulanya berkobar. Pinjamkan luvlyriena kekuatan agar rasa letih dan penat ini tidak menjejaskan amanah terhadap tanggungjawab dipikul saat ini. Tiupkan luvlyriena semangat supaya luvlyriena tetap gagah berdiri, walau di kiri dan kanan serasanya seperti ada batu-batu kecil yang menghalang.
Ya Allah,
Ringankan beban perasaanku,
Dekatkan aku dengan rahmatMu,
Pinjamkan aku kekuatanMu,
Berikanlah aku yang terbaik dariMu.

No comments:
Post a Comment