Esok adalah sesuatu yang tak pasti... Hari ini adalah Kenyataan dan Semalam adalah KENANGAN... dalam mengejar hari esok yang belum pasti kita sering lupa untuk memandang hari semalam yang ditinggalkan kerana indahnya hari ini yang dilalui... Bila kita sudah boleh berlari laju kita lupa bagaimana sakitnya terjatuh ketika berjalan dan merangkak....
Kenapa kita perlu menilai diri kita dengan kelemahan dan kekurangan insan lain sedangkan kita punya pilihan untuk membuat perbandingan dengan mereka yang mempunyai kelebihan dan kekuatan.... tapi itulah lumrahnya manusia yang sering memandang kekurangan seseorang sebagai satu kelemahan sedangkan kita lupa ada sesetengah manusia yang menggunakan kelemahan mereka sebagai senjata untuk menjatuhkan yang lain... jadi berhati-hatilah dalam membuat penilaian....
Menjadi yang terbaik dalam segala hal adalah impian setiap insan dimuka bumi ini tetapi sering kita lupa dalam usaha untuk menjadi yang terbaik ada ketikanya kita melukakan hati insan lain... kita menyakitkan pandangan insan lain... dan tak mustahil kita menginjak impian mereka demi untuk kebaikan kita sendiri... mengundurkan diri bukanlah jalan yang terbaik untuk mengatasi sesuatu masalah... SERING kita beranggapan kalau kita menjauh atau mengundurkan diri kita akan membiarkan insan sekeliling kita bahagia tapi pernahkah kita cuba mendengar tangisan disudut hatinya yang merintih kerana kehilangan kita???? Adakah kita sebenarnya seorang teman yang baik.... insan yang mulia kerana membiarkan mereka yang mengharapkan bantuan kita menangis sendirian???? Pernahkah kita terfikir bukan kemewahan harta benda yang mereka harapkan dari kita melainkan kasih sayang dan pengertian semata-mata.... Nilai wang ringgit tidak memberi apa-apa makna kepada mereka yang mengharapkan sebuah perhubungan yang sejati...
Jangan sesekali kita memandang suatu senyuman dan ketawa itu sebagai sebuah kegembiraan dan kebahagiaan kerana ada yang menyorok seribu duka dan kecewa disebaliknya. Sebaiknya selamilah hati mereka yang kita biarkan sendirian, fahamilah bisikannya dan dari situ cubalah menjadi seorang yang terbaik.... Kemenangan dan Kejayaan yang amat bermakna bukan bererti kita berjaya menjadi yang terbaik bagi semua orang tetapi cukup dengan menjadi yang terbaik HANYA UNTUK SEORANG insan yang benar-benar menghargainya..... Tepuk dada tanya lah hati MAMPUKAH kita???
No comments:
Post a Comment