Friday, July 29

Selagi waktu berdetik

Bukan titik akhir selagi waktu berdetik dan esok masih milik kita.

Assallamualaikum... hanya tinggal beberapa hari untuk kita menjalani ibadah puasa.....Alhamdulillah segala kenikmatan hidup dan tiada yang lebih berhak ke atas pujian ini hanya kepada Allah Swt.

Meniti hari-hari, peluang dan ruang bernafas dan berharapkan tiap detik itu tidak berlalu dengan sia-sia. Pada kesempatan yang masih bersisa, kalungan penghargaan dan terima kasih buat yang senantiasa sudi ke sini, baik sebagai silent reader, dan yang sudi mengirimkan komentar , mahupun yang menyapa di shoutbox atau yang sekadar menyinggah dalam pencarian maya. Nilaian ukhwah itu tidak hanya terletak pada pertemuan. Dari blog ke YM, saya amat hargai kehadiran anda sekalian, juga untuk segala perkongsian ilmu dan rasa hati. Kemaafan dipinta andai ada kekurangan diri dalam menimbal balik ukhwah yang tercipta. Saya hanya dan tetap seorang blogger biasa. Menulis bukan untuk menjelmakan kesempurnaan tetapi untuk mengimbangi kekurangan yang ada. Justeru berharapkan tulisan dari hati yang tidak seberapa ini akan selalu ada di situ, walau tak banyak kebaikan yang saya sisipkan dan kesampingkanlah segala yang tidak membuahkan manfaat. Kerananya saya hanyalah insan biasa, fitrahnya tidak sunyi dari kelemahan dan ujian keterbatasan. Mudah-mudahan Allah meminjamkan kita kekuatan dan ketabahan yang cukup untuk sentiasa menjadi manusia Islam cemerlang yang menjadikan hari ini lebih baik dari semalam dan hari esoknya lebih baik dari hari ini. 

Thursday, July 28

Menarik nafas

Pagi ni seawal pagi luvlyriena bersiap untuk menyetelkan barang2 yang akan dihantar ke Sri Utusan di bandar baru bangi...Kali ni memang awal luvlyriena bersiap sedia almaklumlah luvlyriena bermalam di rumah adik kesayangan luvlyriena di cheras akibat dari pulang lewat dari makan2 semalam..jadi bujang sekejap tetiba ahaks!! terasa berat jugak kepala mungkin akibat tak lelap tidur..sbb baru je nak lelapkan mata dah kucing adik pulak sakit nak beranak heheh!!! terpaksa jadi bidan terjun nmpknya...betapa teruja anak2 adik bila melihat kucing nak beranak semalam hinggakan sempat merakam detik2 cemas waktu kucing tu nak melahirkan heheheheh!! Chitah orang paling sibuk sekali hehehehe!! alhamdulillah dah selamat beranak sbanyak 3 ekor :-)) ermmm sampai umi tak tido dibuatnya heheheh!! seawal 6am luvlyriena dah siap untuk menanti kehadiran kudsiah :-)) menumpang adik menghantar anak2 kesekolah dan menanti kudsiah di tmpt yg dijanjikan...tengkiu adikku syg sbb susah payah antar akak...sampai tak sempat nak sambung tido hehehehe!!!muahh!! muahh!! lv u much dik... ;-)) tmpt waktu yang dijanjikan kudsiah pun tiba terus bergegas ke bandar baru bangi untuk menghantar barang2 :-)) alhamdulillah kami bleh menarik nafas lega bila semua dihantar tepat pada masanya.... segala kerisauan pun hilang ...alhamdulillah semuanya setel terima kasih banyak2 buat kak Noor Salwa :-) kerana banyak membantu...muahh!!

selesai kerja...horeyyyyyyy!!! boleh legakan ketegangan yg bersarang...sempat singgah makan sebelum masing2 beredar dgn hal memasing :-)) Luvlyriena mampu tersenyum sbb dah tak risau!! ;-)) sampai disini buat kali ini...selamat malam n take care....




Seharian bersama..

Assallamualaikum~~

27hb Julai...amat padat waktu dan masa tak sempat nak hapdet apa2 masa begitu cepat berlalu...sebelah pagi sibuk mengemas dan mencuci...tghari pula bersiap2 untuk menemui dan menemani adik kesayangan...sebelum pergi ke destinasi yang dijanjikan sempat singgah ke Restoran Istana Bambu untuk makan tengahari...ermmm dah lama tak pekena masak lemak cili api daging salai...errmm!! wallaaaa!! perghh!! mmg sedap tak terkata...kerabu mangga adalah harus setiap kali kesana :-) sambal belacan dan telur dadar juga...kebetulan mmg lapar la sesangat hehehehe!! mekasih adikku bawak makan kat istana bambu :-)) lepas makan kami cam blur nak gi kemana sementara zetty free pada sblh malamnya...so dari tghari hingga menjelang malam luvlyriena dan Saida hanya jalan lepak dan cuci mata ke Wangsa Walk hinggalah ke malam hari ahaks!! konon2nya nak main bowling tapi jari luvlyriena masih sakit akibat tersepit pintu kereta...so ingat nak melalak atau tgk movie je...tapi cam tak best la plak sebab semua movie dh tgk dan kat karok pun ramai orang so decide cuci2 mata je kat sekitar wangsa walk tu :-))...pukul 8pm baru dpt info dr zetty yang dia dah free so kami terus singgah ke rumah zetty utk ambik zetty then terus ke Borneo Rain Forest...makan malam di Borneo Rain Forest ...hurmm sgt cantik tempat tu ...pertama kali luvlyriena menjejakkan kaki ke situ tersentap dgn keindahan disekitar borneo rainforest :-) bygkan dari kul 12tghari hingga ke 12am kami berdua hangout heheheh!! kesian kat zetty sampai tersenggut2 nahan mengantuk ahaks!! 





  Hidangan tengahari di restoran istana bambu

Melepak kat Wangsa Walk Mall














Ok guys!! enough for this entry :-)) thanks for reading my craps!! ;-)) 

Tuesday, July 26

Seikhlas dan sejujur doa

Walaupun jam dah menunjukkan 1.30am mata luvlyriena masih membuntang dan tiada tanda2 ingin layu dan tidur...melayani "kisah hati" yang sukar dimengerti....Jujur.... luvlyriena mahu jujur pada diri sendiri. luvlyriena ingin terusi kejujuran ini walau luvlyriena tahu pahit itu akan terasa di mana-mana. Ya Allah, permudahkanlah perjalanan ini agar rasa pahit itu mampu menjadi madu.
 
luvlyriena katakan pada diri, andai itu telah ditetapkan untuk kebaikan luvlyriena, maka Dia akan mudahkan jalan ini. Tetapi Ya Allah, semakin luvlyriena menuju untuk itu, makin terasa susahnya lorong terpilih ini. Atau mungkin sahaja saya tidak cukup kuat mengharung dugaan, kerana hujungnya pun luvlyriena tidak pasti bagaimana.

Luvlyriena memilih untuk mengikut arus. Luvlyriena berdoa setiap penghujung solat agar pengakhirannya seperti sahaja setiap wanita impikan dalam dunia ini. Ini bukan ‘perjudian’. Walau yang buruk datang, luvlyriena mahu katakan Dia sedang menguji hambaNya. Andai yang baik tiba, luvlyriena minta Dia terus berikan kami kekuatan menjadi hambaNya yang tahu erti bersyukur.

******

Dua bulan yang luvlyriena harungi dengan sedikit rasa sesak. Sesak juga dengan masa-masa bilamana hati, perasaan dan minda bertingkah. Sejujurnya luvlyriena letih. Mengapakah kebahagiaan seperti sahaja sukar untuk didekati. Seperti juga ilusi air, semakin mendekat..semakin jauh pula ia kelihatan, sehingga terkadang kepenatan mendahului semangat yang pada mulanya berkobar. Pinjamkan luvlyriena kekuatan agar rasa letih dan penat ini tidak menjejaskan amanah terhadap tanggungjawab dipikul saat ini. Tiupkan luvlyriena semangat supaya luvlyriena tetap gagah berdiri, walau di kiri dan kanan serasanya seperti ada batu-batu kecil yang menghalang.

Ya Allah,
Ringankan beban perasaanku,
Dekatkan aku dengan rahmatMu,
Pinjamkan aku kekuatanMu,
Berikanlah aku yang terbaik dariMu.

Monday, July 25

Entry Panjang...

Assallamualaikum~~

Hari yang amat memenatkan...sedari pagi hinggalah ke malam hari... :-)) tak tau nak mulakan yang mana dulu....seawal pagi lepas mengemas dan memasak luvlyriena menanti kedatangan Kudsiah ...menanti kehadiran kek coklat yang dikirim oleh kak Ambe Miliza ...mekasih kak Ambe Miliza atas kiriman kek yang sangat sedap!! korang kalau rasa nak makan kek orderlah dgn kak Ambe Miliza ni pasti korang jilat jari korang!! bila mkn kek kak Ambe ni..ermmm pening memikirkan sbb peti ais rosak pulak last2 decide biarkan aje dlm kotak diatas meja dan terus bergegas ke Royal Military College atas urusan kerja dalam kepala duk ingat kek coklat yg ditinggalkan kat rumah tawakkal je kalau2 kek tu cair...selesai kerja luvlyriena singgah makan di lembah maju bersama Kudsiah dan Ella Suhaila...dan singgah dimasjid untuk solat Zuhur... ingatkan lepas balik dari masjid terus nak balik ke rumah..adik kesayanganku si Siti Norsaida pulak call kata nak jumpa...ermmm alamatnya kena tinggal lagi la kek kat rumah tu heheheh!! selesai solat terus ke Ampang Point tempat yg luvlyriena janji nak tggu si Saida...setengah jam jugak tunggu baru Saida sampai...teman makan di food court ampang point...tergerak hati nak main bowling pada mulanya tapi tgk ramai tak jadi nak main bowling..so jalan2 dan lepak2 je la kat ampang point...agak lama jugak melepak kat KFC ampang point sementara tggu Zetty sampai lepas tu melepak pulak kat SPA and massage kat tingkat atas...ermm window shopping atas bawah abis redah niat hati nak cari kasut takde lak yg berkenan dek hati...last2 tak beli apapun hehehe!! agaknya memang tu la perangai kami kot!! kalau masing2 order masing2 nya makanan sure tak mkn..nak jugak sepinggan makanan kongsi berdua adess!! suka betul makan berebut nihh!! hehehe!! punyalah lama luvlyriena kat ampang point melayan kerenah adik2 luvlyriena sampai lupa ttg kek yang ditinggalkan...akhirnya kul 9pm jugak luvlyriena sampai kat rumah...alhamdulillah nasib kek masih elok tak cair... luvlyriena mampu tersenyum ...rezeki Saida dan Zetty jugak merasa kek coklat yg sedap pemberian kak Ja tu...thanks again kak ja..ok guys got to go...kepenatan..nak mandi n bertafakur seketika...utk kwn2ku jgn biarkan hidup anda diselubungi misteri wakakakak!! take care and good night...thanks for reading my craps .....okeyy guys!! ni gambar2 untuk hari ni... hehehehe!!

Jalan cuci mata kat Ampang Point



Lepak kat KFC

Di Arokaya Spa and massage Ampang Point




Lunch Di Mai Corner Classic Lembah Maju


Singgah Masjid solat Zohor



Kek Istimewa pemberian kak Ambe Miliza... :-))


Fever and Flu ....

I was down with a slight fever, major sore throat and flu (my nemesis) for 2 days so to make it all go away I took some pills, gargled salt water and slept the whole day 2 days ago. I feel much better now but my nemesis decided that it loves me so much to stay and haunt me.

Friday, July 22

Ceritera Semalam

Assallamualaikum~~

Tup! Tap! Tup! Tap! hari ni dah hari jumaat...sangat pantas masa berlalu....semalam seharian diluar sampai tak sempat nak hapdet...seawal pagi keluar atas urusan kerja ke bandar baru bangi...bersama Kudsiah dan Ella Suhaila...singgah bersarapan di kedai Nasi Kandar Fairos di Bandar baru Bangi....setelah perut "berjamming" lagu "kisah hati" hehehe!! Not bad jugak la kat restoran mamak ni...cuma bila luvlyriena order mee goreng mamak kata cuma nak telur dan sayur je dia bagi mee kosong!! adess!!....terpaksa mintak mamak macha tu tukar heheheh!! hurmmm dipikir diriku anak2 kecik kok! adess!!

Ni la rupanya mee goreng mamak yang "macha" tu masak :)))


selesai menyiapkan kerja di bandar baru bangi terus bergegas ke balik KL....juga atas urusan kerja....sebaik selesai kerja luvlyriena bergegas pulak ke Great Eastern Mall di Jalan Ampang menemani si Siti Norsaida Tarudin menukar permainan anaknya di salah sebuah kedai di Great Eastern Mall....leceh jugak nak menukar barang ni rupanya....agak lama juga tak chill out dgn adik kesayanganku ini... :-))) Lv u dik!!.... setelah menukar barang permainan Khalid di tingkat atas perut mula berirama dengan macam2 rentak(mkn je kerjannya! hishh)...akhirnya kami berdua decide untuk makan kat Secret Recipe.....hahahaah!! nak tergelak luvlyriena tengok size popia kat secret recipe nihh!! comeyy je!! hahahahha!! adess!! hurmmm!! bukanlah sebab nak bajet ya kami hanya order sepinggan nasi heheheheh!! memang suka makan berkongsi dan suke makan berebut dengan adik luvlyriena yg sorang nihh!! bak kata pepatah org putih tu "sharing is caring" wakakakakak!!! lama jugak la kami melepak di Great Eastern Mall :-)) dah puas ke Great Eastern Mall kami beralih arah ke bandaraya sambil menanti kehadiran Zetty...untuk mencuci mata dan mengosongkan kepala kami lepak2 kat lowyat ...:-)) thanks adikku...muahhh!! Okeyhh!! ni menu yang kami order kat secret recipe :-))....
**Kami tak snap gambar kami coz kami semuanya dalam kepoyoran**...sekian... hahahah!!

sharing is caring!! huahuahua!! korang jgn x percaya kongsi berdua sepinggan nasi pun tak abis!!

Popia yang sangat comeyy!! heheheh!

sorry guys!! selepas mengosongkan kepala kami makan untuk seisi malam pulak tapi malangnya tak dpt nak snap gambar pasal masing2 nya henpon semua bateri nazak...menu malam..hidangan butter prawn, sup cendawan, sup ekor, telur dadar, sambal belacan dan nasi putih :-)) okey la takmo ngarut2 dah take care guys!! happy working :-)) thanks for reading my craps 




Wednesday, July 20

Kerja Sambil Melepak

Assallamualaikum~~

Hari ni pagi2 selepas sarapan terus ke maktab Tentera di Kem Sungai Besi...sebaik sampai di kem Tuan Komandan pulak ada event sementara nak menunggu pukul 3pm malasnya nak keluar dari kem lepas tu patah balik..akhirnya decide nak melepak kat rumah Kak Noraziah Tun senior luvlyriena masa sekolah di Sekolah Men. Clifford Kuala Lipis :-)) kak Tun ni kiranya "geng bas sekolah" luvlyriena ahaks!! setelah sekian lama berpisah akhirnya hari ni bersua jua...terima kasih kak Tun kerana melayan kami bertiga...susah2 masak untuk kami...apapun memang best sgt2 masakan kak Tun...thanks again..insyaallah lain kali kalau kami sampai ke kem sungai besi kami singgah lagi...dan untuk baby Ain an si comel Tutty kena standby untuk menjadi model kami lagi heheheheh!! terasa kejap sgt pertemuan ni...rasa mcm taknak balik je ahaks!! 

Ermm lepas dah kekenyangan...jadi mls la pulak hihihi!! mata semakin layu bila dh kenyang...lepas berjumpa Tuan Komandan atas urusan kerja sempat lagi kami merayap ke Pandan Kapital :-)) cuci mata jap....inilah namanya bekerja sambil melepak...got to go...kepenatan dalam kekenyangan... :-) selamat malam and take care guys!!!













Monday, July 18

Entry 2 dalam 1

Assallamualaikum~~

~~Entri 1~~

Masa terlalu cepat berlalu...hari ni amat memenatkan..penat mungkin disebabkan cuaca yang amat panas...ketidakselesaan terjadi bila cuaca panas camni....hari ni rasanya macam nak terjun sungai je duk berendam sampai kecut!!! panas sungguh!!! sedari pagi sampailah ke petang mengejar masa untuk menyetelkan keje...hinggakan lunch pun dah berganjak waktu ke jam 5.40ptg dari hari2 sebelunya lunch jam 4.30pm...ermmm nasib perut tak meragam...elok jugak lagipun tak lama lagi dah nak jejak ke bulan ramadhan... ;-)) memang tak terasa lapar waktu yg sepatutnya lunch...hurmm...
Apa yang penting kerja untuk hari ini selesai sudah...alhamdulillah.. :-)) tak banyak yang nak luvlyriena ceritakan sebab hari ni dipenuhi dengan keje2 yang perlu diselesaikan...minggu yang amat sibuk buat luvlyriena...



makan colek buah jomm!!


Jam 5.45pm baru nak lunch

laparnya!!!.....
<
<
<
<
<


~~Entri ke2~~


Terkilan jugak rasa sebab luvlyriena tak berkesempatan nak hadir ke majlis harijadi anak angkat kesayangan luvlyriena......HAPPY BIRTHDAY MARSITAH... umi sayang marsitah!!! moga marsitah jadi anak yang bijak dan baik... :-)) thanks adikku Siti Norsaida Tarudin dan Rozi Abdul Razak atas undangan...maaf sebab tak dapat meraikan bersama majlis harijadi Marsitah dan Damia....

CREDIT PHOTO : ROZI ABDUL RAZAK

From my mobile

from my mobile

CREDIT TO ROZI ABDUL RAZAK

CREDIT TO ROZI ABDUL RAZAK

HAPPY BIRTHDAY MARSITAH & DAMIA
LOTS OF LUV FROM UMI...HUGS...







Disable text

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...