Assallamualaikum
Oleh kerana Mr.Asben cuti hari ni so luvlyriena masak laa untuk hidangan tghari....semalam luvlyriena sempat singgah ke pasar malam taman melati...tau apa yang luvlyriena jumpa? yeahhh!! kulat sisir!! nyumm..nyumm!!...bagi org kampung kulat sisir ni pasti menjadi kegemaran samada goreng atau dibuat masak lemak cili api dan tentu2nya lebih sedap jika dicampur petai....korang nak tau camana rupa kulat sisir????
Ni la rupa kulat sisir yang luvlyriena cakap tu... ;-)
Biasanya kalau musim hujan memang banyak kulat ni tumbuh pada dahan kayu...dulu2 masa luvlyriena kecik suka kutip kulat ni pada dahan kayu kalau selepas hujan... ;-)
hurmm...bagi yang tak pernah mencuba atau merasa kulat sisir ni cubalah..banyak kulat ni dijual di pasar malam taman melati;-)...so...ni la akhirnya hidangan kami sekeluarga utk tghari ni....



