Tuesday, September 27

~~Open House lagi~~

Assallamualaikum...

Hurmm masa amat pantas berlalu...sedari pagi luvlyriena bizi dgn macam2 perkara...walaupun rushing kesana kemari sempat juga luvlyriena mencuri masa hadirkan diri ke rumah terbuka Rozi Abdul Razak di restoran miliknya...Resepi SangDewi yang terletak di Giant Cheras...Terima kasih atas jemputan...banyak betul luvlyriena makan tadi...erkkkk!! arini pun gagal nak mulakan diet kikiki!! abislaaaa!! dan esok ada lagi rumah terbuka yang akan luvlriena terjah dan esok adalah jemputan terakhir bagi jemputan rumah terbuka utk luvlyriena....dah lama dapur tak berasap kikiki!!...agak lewat sampai ke RSD...ini kerana sebelah petang baru luvlyriena dapat cilok masa...kebetulan pulak dtg serentak dengan DCT & DK.... tak lama lepas tu barulah Saida sampai :-) Alhamdulillah banyak juadah yang sememangnya best!! Nasi dagang, kuey teow, nasi impit dan macam2 lagi...tersandar sudah luvlyriena bila makan nasi dagang RSD :-) apapun terima kasih buat Rozi Abdul Razak atas jemputan ;-)






Monday, September 26

~~Mengemas~~

Assallamualaikum..

Hari ni agak busy mengemas rumah dan mendobi dah berapa hari tak berkesempatan nak mengemas asyik ada event dan rumah terbuka...mak aiii!! macam kapal karam bersepah betul!!! rasa macam nak pelihara doraemon je yg boleh tolong macam2 dalam satu masa dengan kantung sakti diperutnya tuhh!! hari ni by hook or by crook kena jugak kemas adehhh!! sedari pagi mendobi dan mengemas haihhhh!! sampailah tengahri...masuk tghari dah nak kena masak plak...heheheh!! bukan masak apa sangat pun arini cuma panaskan gulai ayam dan rendang daging yang luvlyriea dapat masa pergi open house rumah mber...luvlyriena cuma goreng telur dadar dan goreng sayur je...kebetulan pulak si Kud Siah dan Ella Suhaila datang masa time luvlyriena baru je siap masak hehehehe!! apa lagi mmg langkah kanan dorang ahaks!! 
hurmmm dah lewat petang baru berkesempatan nak ngadap lappy dan dapat hapdet cerita yang dah basi arghhh!!....aduhaii bnyknya mende nak kena buat arini...alhamdulillah dah setel quotation yg sepatutnya dihantar lebih awal...adehhh!! cepat betul waktu dah menjelang senja kejap lagi nak kena bersilat semula kat dapur yang baru hari ni dipecahkan konkrit(sbb non stop rumah terbuka dapur pun x berasap) huahuahuahua!!!

okey laaa...got to go...daaaa

thanks for reading my craps!!

~~Majlis Sambutan Aidilfitri Sri Melor~~

Assallamualaikum..

24hb Sept : hurmm ...persatuan penduduk kawasan rumah luvlyriena buat majlis sambutan aidilfiri...kami penduduk ramai2 bergotong royong membuat persiapan untuk majlis tu ...meriah sgt siap buat lemang lagi... ;-)....kesefahaman antara satu sama lain membuahkan hasil.. ;-) agak penat luvlyriena kerana non stop event termasuk open house sana sini ;-)...alhamdulillah majlis berjalan lancar dan meriah...perasmian siap ada percikan bunga api.....berbagai2 aktiviti dan juga persembahan diadakan...terima kasih buat adik2 yang menghiburkan dengan telatah2 menggelikan hati ;-)....  apa yang best luvlyriena dapat hadiah untuk seisi cabutan bertuah ;-) terima kasih tuan pengerusi majlis..

Moga lain masa sambutan seperti ini akan sentiasa dianjurkan untuk mengeratkan lagi ikatan silaturrahim antara satu sama lain......terima kasih pada pengerusi dan juga persatuan penduduk Sri Melor....ni ada gambar2 sekitar persiapan dan juga majlis sambutan hari raya kami...


















 KREDIT PHOTO TO MEJA BULAT SRI MELOR ;-)





Saturday, September 24

~~Hidangan hari ini~~

Assallamualaikum

Oleh kerana Mr.Asben cuti hari ni so luvlyriena masak laa untuk hidangan tghari....semalam luvlyriena sempat singgah ke pasar malam taman melati...tau apa yang luvlyriena jumpa? yeahhh!! kulat sisir!! nyumm..nyumm!!...bagi org kampung kulat sisir ni pasti menjadi kegemaran samada goreng atau dibuat masak lemak cili api dan tentu2nya lebih sedap jika dicampur petai....korang nak tau camana rupa kulat sisir???? 

Ni la rupa kulat sisir yang luvlyriena cakap tu... ;-)

Biasanya kalau musim hujan memang banyak kulat ni tumbuh pada dahan kayu...dulu2 masa luvlyriena kecik suka kutip kulat ni pada dahan kayu kalau selepas hujan... ;-)
hurmm...bagi yang tak pernah mencuba atau merasa kulat sisir ni cubalah..banyak kulat ni dijual di pasar malam taman melati;-)...so...ni la akhirnya hidangan kami sekeluarga utk tghari ni....








Thursday, September 22

~~MakeOver (SentuhanKay)~~

Assallamualaikum...

Walaupun cite raya terjah rumah kak Noraziah Tun Basri telah pun berlalu namun kenangan manis tetap kukuh terpahat diingatan... ;-)...malah pertemuan yang dibuat menambahkan lagi eratnya tali silatulrahim...ibarat satu keluarga yang mungkin takkan terpisah...terima kasih kakak2ku yang sentiasa tidak pernah lupa pada adikku yang macam2 kerenah ini....apapun didoakan moga persahabatan yang telah diibaratkan bak satu keluarga ini akan berkekalan hingga ke hujung nyawa...

Luvlyriena berkesempatan di "makeover" oleh andaman profesional kak Mcyg Ma....begitu teruja dengan hasil sentuhannya...didoakan agar kerjaya yang diceburi akan berjaya dan terus berjaya insyaallah...ermmm walaupun masa di makeover masih ada alatan yang tidak mencukupi namun sudah cukup menyerlahkan sentuhan seni beliau...hasilnya amat memuaskan hati....

Sebut sahaja kak Mcyg Ma atau lebih rapat dikalangan kawan2 memanggilnya Kak Kay tak perlu dinafikan...sentuhan beliau hari demi hari membuahkan hasil...sila klik blog beliau "disini"....Luvlyriena tak teragak2 merekemenkan kak Mcyg Ma pada semua kawan2 yang mana ingin melangsungkan perkahwwinan dan masih tercari2 jurumekap yang serasi di hati dan mata....luvlyriena memberi sokongan sepenuhnya moga dirimu suksess selalu kak...Follow la beliau di blognya atau di akaun mukabukunya... :-))




Luvlyriena sebelum dan setelah di makeover



Sebahagian dari SentuhanKay yang diambil dari blog beliau




SILA LAYARI BLOG BELIAU UNTUK MENATAP HASIL SENTUHAN BELIAU :-)


Tuesday, September 20

~~Raya lagi~~

Assallamualaikum...

Pada 18hb Sept yang lepas jugak lepas dari menerjah rumah kak Tun berkesempatan pula ke rumah adikku Kudsiah dan Ella Suhaila...tapi malangnya tak dapat abadikan kenangan bersama sebab bateri hp luvlyriena tersangatlah kong nya!!! terkilan jugak rasa..apapun terima kasih buat adikku Kudsiah dan Ella Suhaila atas undangan ;-) sedap sangat koey teow n mee hoon :-) bertambah luvlyriena adehhh!! camana la nak meghapuskan lemak2 dibadan yang dah semakin tepu nihh??? dari pagi hinggalah ke malam dan undangan terakhir dirumah Kudsiah balik2 rasa cam nak campak terus badan atas katil kerana kepenatan dek kerana makan banyak huahuahuahua!! adehhhh!! sampai kat rumah memang agak berat nak ngangkat mate yang dah semakin layu disbbkn dek keletihan dan kekenyangan.... ;-) Terima kasih adikku Kudsiah dan Ella Suhaila...ermmm sampai mggu depan dapur luvlyriena kena konkrit nampaknya kerana masih banyak undangan yang diterima :-) apapun terima kasih buat semua yang telah mengundang luvlyriena ...sampai jumpa lagi...cukup sampai disini buat kali ini... ;-)

~~Terjah Open House~~

Assallamualaikum...

18 Sept (Ahad) : menerima undangan rumah terbuka kak Noraziah Tun sekali lagi :-) kali ni teman2 sama2 satu sekolah..agak meriah sbb ramai yang datang... ;-) seawal pagi luvlyriena bersiap2 ke rumah kak Tun dengan menaiki lrt...wink* wink* apadaaaa!! luvlyriena salah turun stesen LRT huahuahua!! nasib la stesen yg dikatakan tu tak la jauh sgt dari stesen yg salah tu huhuhu!! ampunnnn!! ye tuan tanah/rumah..luvlyriena mmg tak arif dengan area2 situ kikiki!! dan dh lama tak naik LRT hahahah!! asyik naik monorail dan putra je kahkahkah!! (padan muke aku!)....apapun terima kasih buat kak Tun sebab bersusah payah menjemput luvlyriena di lrt station...salute dengan kak Tun meskipun malam sblm majlis rumahnya takde letrik tapi bila sampai hari tersebut segalanya telah tersedia untuk para tamu....kalau dah terer tu terer la jugak dan apa yg membuat kami semua salute ngan kak Tun dalam2 kesuntukan masa menyediakan juadah akhirnya bermacam2 juadah tersedia...terima kasih banyak2 kak Tun...moga rezeki kak Tun semakin bertambah... ;-) ibarat satu keluaga kami di majlis tu...masng2 melepaskan rasa rindu yg membara....terima kasih buat kakak2 senior yang tak pernah lupa luvlyriena yang notty ni...luvlyriena sayang korang!!! seisi fotografi??? ermmm tak payah di tanya sebab tu adalah perkara wajib bagi kami kikikiki!! mana mungkin takde lensa merata2..ahaks!! cuma kesian kat tuan tanah kerana tak berkesempatan banyak abadikan kenangan...buat kak Mcyg Ma muahh!! muahh!! terima kasih main conteng2 muka luvlyriena..sentuhanmu itu sampai sayang nak cuci kikiki!! hubby gesek mata banyak kali tgk hasil sentuhan kak mcyg ma... :-) owhh!! ya buat tuan tanah/rumah hubby ucap terima kasih banyak2 sebab bekalkan nasi dagang yang superb tu sampai licin hahahah!! 

apapun suasana di majlis rumah terbuka kak Tun memang amat meriah dan akan terpahat di ingatan kami semua segala yang terakam... ;-) Trima kasih kak Noraziah Tun Basri :-))




















~~Open House~~

Assallamualaikum

Kalau sebelum ni menerjah rumah kak Noraziah Tun Basri kali ni luvlyriena menerjah rumah sahabat luvlyriena sedari kecik... Rahayu ;-) 

16hb Sept : Akhirnya dapat jugak menjejakkan kaki ke open house sahabat lama... :-) di Kem Kementah...terima kasih Ayu sedap2 menu hidangan di open house Ayu...hubby sampai menambah2 ahaks!! kesempatan tu jugak dpt luvlyriena bertemu dengan pakcik dan makcik yg dah sekian lama tak jumpa....makcik zaidah dan pakcik Yahya still maintain macam dulu ;-) rindu betul dengan Ayu se family akhirnya bersua jua...dikesempatan tu jugak luvlyriena berksempatan bertemu dgn sahabat lama Tina ibrahim sekeluarga...walaupun luvlyriena sampai agak lambat dah menjadi tetamu terakhir alhamdulillah apa yang penting bagi luvlyriena cukup dapat bersua dan berbicara... :-) setelah sekian lama tak jumpa...





~~Terjah lagi~~

Assallamualaikum....

Hurmm...dah lama tak hapdet sebab tersangatlah bz nya lately ni...setiap hari jadual padat dengan open house sana sini kenduri sana sini...adehhh!! niat dihati nak membakar lemak tapi gagal argghhh!! semakin tepu la lemak di badan...hukhukhuk!! bermula dari 15hb till now jadual mmg penuh dengan macam2 majlis undangan dengan opeh haus nya dgn kenduri kawin la majlis perpisahan la...

15hb Sept : Sempat terjah rumah kak NoraziahTun Basri kat Kem Sg. Besi...terjah sambil bekerja heheeheh!!...terima kasih kak Tun melayan kerenah kami nihh!! oleh kerana adikku Kudsiah dan Ella Suhaila tak berkesempatan ke open haus kak Tun pada ahad 18hb Sept nnt jadi terlanjur kesana kami singgah la beraya ke rumah kak Tun (bg luvlyriena ni yg 1st... ahad nnt 2nd time terjah umah kak Tun kikiki!)....







Disable text

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...