Thursday, June 30

~~Kisah Hati~~



Assallamualaikum ~~


Satu lagi clip yang bisa buat hati luvlyriena tersentuh sampai ke seluruh pelusuk jiwa....."Kisah Hati" dari Aliyah...lagu yang sememangnya amat luvlyriena suka untuk mendengarnya...aduhaiii!! menerobos terus hingga ke tulang temulang...wish sangat teringin nak belajar main piano.....tu la kecik2 dulu masa arwah abah masih ada dan bagi peluang belajar luvlyriena taknak...nahhh!!! sekarang baru padan muka!!!! bakat yang ada pada arwah abah tak sorang pun yang turun semuanya keras jari huhuhuhu!! okey!! kita layan lagu "Kisah hati" ni yang dimainkan dan dipetik oleh jari jemari Hazman Halid...

memang tersangatlah buat luvlyriena jatuh cinta dengan setiap sentuhannya....Thanks for always tagging me dear.....Good luck and keep posting!! :P Got to go jadual tersangatlah padatnya hari ni....jumpa lagi!!! take care guys!!!

bisa menerobos ke tulang temulang bila dengar petikan jari beliau dan beliau juga jeng!! jeng!!pandai menyanyi :P
Yeahh!! kita dengarkan kisah hati dari Hazman Halid :-)







Wednesday, June 29

Amarah

Dah berbulan masalah streamyx kat rumah luvlyriena ni.....bukan sebulan atau 2 bulan tetapi dah hampir setahun semenjak daripada luvlyriena tukar pakej dari 1mb ke 2mb dulu masa pakai pakej 1mb tak pernah ada masalah camni.......rasa macam nak hamput je setiap customer service yang luvlyriena hantar report.....dalam sehari kat 6x terpaksa buat call ke talian 100 setiap kali call jugak la ngadu report yang sama tapi takde apa2 feedback dari TM....tahap kesabaran luvlyriena hilang bila berpuluh2 report yang luvlyriena buat tetap dalam keadaan yang sama takde perubahan...dan skrg ni talian tetap luvlyriena mampus terus tak bernyawa....dahla internet gila babun slow dan asyik putus memanjang....setelah 4 hari talipon mampus tak bernyawa da internet pun macam hampehhh.com...


Akhirnya luvlyriena mintak bantuan adik luvlyriena hubungi TM di talian 100....korang rasa amarah korang boleh tahan ke lau dia sound kat adik luvlyriena yg susah payah tolong call dorang nihh....boleh lagi dia sound "mintak kakak call 100 buat report....hamjadah apa punya soklan?? luvlyriena nak tekan talipon celah mana???? kalau dah talipon mampus terus tak bernyawa???? akal takde!!!!! kalau bernyawa tipon kat rumah ni takdela luvlyriena mintak tolong adik yang call kan.....penatttt!!! dah beratus ribu kali buat report tapi tetap sama....luvlyriena rasa tak brbaloi bayar rm130 setiap bulan tapi talian internet sangat2 tak puashati...bayangkan pakej yang 2mb luvlyriena hanya dapat serendah speedo dari 1mb sampai satu tahap langsung tak boleh browse....


betul juga kata Mr.Asben guna je broadband YES! atau Celcom tu...memangla ada YES! dan Celcom berukbeng.....tapi streamyx yg kat rumah pun tetap kena bayar jugak...nak terminate masih dalam kotrak....bhgn teknikal pun dah kat 20x datang rumah tapi masih jugak takde prubahan....memula kata punca sebab tak pakai splinter...bila pasang splinter sama jugak lepas tu kata masalah kabel...bila dah tukar sama jugak...lepas tu kata masalah modem bila dah tukar modem baru still sama...BOSANNN!! dengan apa yang dia suh buat....memang sangat2 tak puashati berbulan yang lepas bagi alasan sebab tsunami kat jepun tapi masalah luvlyriena ni sebelum dari tsunami lagi...5 bln sebelum tsunami masalah ni dah ada...hurmmmm!! Now luvlyriena langsung takleh nak call 100 bla talian mampus terus janjinya semalam nak datang bhgn teknikal nak tengok masalah tipon until now takde datang....


minggu lepas ada yang dtg pun wat nyakit hati je...datang2 terus tanya apa masalah...sdgkn dia dah tgk sendiri talipon mampus tak bernyawa boleh lai dia tanya nape tak buat report kat 100...dia kata tipon yg prblm ....so luvlyriena ckp kalau camtu tukar je la dgn yg baru....bila tukar tetap jugak tak bernyawa dan langsung salahkan kabel lak hishhhhhhh!!! Now semua senyap takde apa2 feedback dari dorang internet macam hampeh tahap cipan selow sampai tak boleh browse and now nak call customer servis pun dah tak boleh....sebab tipon dah arwah taliannya bill tetap kena bayar jugak rm130 setiap bulan...


Nak ikutkan, perbualan setiap kali report tu panjang . Malas luvlyriena nak wat transkrip perdebatan sihat kitorang ni. Sebabnya, luvlyriena terpaksa ulang skrip yang sama beberapa kali sampai suara luvlyriena dari tahap barritone, dah jadi soprano dah...baru dia nak paham. Cehh...

Kesimpulannya, nak gadoh, mesti buat persiapan rapi. Bukti mesti cukup dan valid. Jangan main ingat jer. Gunakan balik bukti yang dia gunakan ke atas kita. Kenal pasti kekuatan kita dan point yang menjadi kelemahan pihak lawan ok. Selain itu, cuba point out sekali cadangan dan penambah baikan kepada pihak lawan..hehehe...

In the end, walaupun luvlyriena tak berpuashati, luvlyriena tetap kena  bayar sebanyak RM130, yang mana dengan Rm130  itu, luvlyriena buleh buat makan Nando's, beli buku, belanja kawan makan, tengok wayang, karok dan beli bra..huhuhu......darah semakin mendidih...adioossss!!




Maggi Goreng...Wallaaaa!!

Assallamualaikum~~

Hurmmm arini cam terasa nak mkn maggi goreng buatan sendiri lepas terpandang ada tinggal sepeket lagi stok maggi kat rumah heheheheh!! Dah lama x makan maggi goreng nihh!! walapun simple dan tak sesedap maggi goreng kedai mamak inilah hasilnya maggi gorengku heheheh!!


Amacamm!! korang rasa terliur tak dengan maggi goreng luvlyriena nihh??? hikhikhik!!

Adiosssssssss.....daaaaaaaa...

Angry Bird Addicted

Hye people, visitor, readers, stalkers-who ever exist in this blog! I am currently addicted to Angry Bird game by my iPhone4/ipod/ipad and that's why my blog was lack of update recently, hehehe. I knew about this game months ago but I just ignored it like 'Huh, Angry Bird? Ada pig hijau? Ada monyet?Ape tu? Childish gila game tu main lastik-lastik.. -..-' See, how paranoid I was back then. But amazingly, there was some adrenaline rush (what am I talking about? -..-) that asked me to try-up the Angry Bird game and pfft, I HAVE PLAYED ALL LEVELS! I repeat, ALL LEVELS! And I can't wait for the coming-soon game.

Because of this cute yet annoying game, I ignore Blogger and FB....Oh sangat hebat penangan Angry Bird yeah. Memang hebat sampai terlupa tu dia ada homework tertunggak. -..- (Cuba kira berapa kali aku buat hidung pig macam ni -..-)



Coretan

Assalamualaikum.

Luvlyriena termangu sendirian sewaktu menulis coretan ini. Bukan mudah untuk menjadi tabah. Tidak senang juga untuk menjadi wanita yang hebat, yakni bukan sahaja menjadi yang terbaik di mata sendiri, haruslah baik juga di mata Ilahi.

Semua itu sememangnya mustahil untuk dimiliki dalam masa sesaat. Untuk mencapainya, haruslah melalui ribuan rintangan dan mengutip seribu satu pengalaman, tidak lupa juga jutaan pengajaran.

Apabila mengimbau kembali kenangan dan perisitiwa yang telah dilalui lebih 2 dekad ini, sememangnya begitu banyak coretan yang manis mahupun coretan yang pahit terlakar. Jutaan juga senyuman dan gelak ketawa yang dizahirkan. Lautan titisan air mata juga pernah dialirkan.

Namun, semua yang terlakar itulah yang menjadikan siapa diri kita hari ini. Semua itulah yang membina ketabahan dan kekuatan kita dari kosong ke jutaan, membina blok ketabahan dan kekuatan satu persatu sehingga terbinanya dinding yang begitu utuh.

Maka, berterima kasihlah kepada setiap cebisan pengalaman yang pernah dilalui. Yakinilah apa yang terjadi itu adalah yang terbaik buat diri.

Ujian dan dugaan yang hadir adakalanya begitu pahit untuk ditelan sehinggakan kita tertanya-tanya, mengapakah harus aku lalui semuanya, walhal aku tiada mampu menerimanya.
Firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud:
“Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya…,”


Ya, setiap ujian yang datang itu adalah berdasarkan kekuatan kita. Malah hadirnya juga bukan sia-sia.
Seribu satu hikmah yang terlindung di sebaliknya, yang bakal memajukan kita ke hadapan selangkah demi selangkah andai kita mengambil pengajaran darinya.

Semoga kita semua terus tabah menghadapi liku-liku hidup yang bakal mendatang. Usahlah dirisaukan hari besok, pasti akan kita lalui juga. Lakukan yang terbaik, agar setiap saat yang berlalu tiada sia-sia.

Buat pembaca sekalian, 
SEMOGA HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM 

Jiwa Kacau!!

Assallamualaikum~~


Sehari dua ni luvlyriena hilang keupayaan "idea" utk menghapdet blog....edisi melayani perasaan menguasai luvlyriena yang sedang berada dalam situasi jiwa kacau!!! petikan piano "beribu sesalan" dari kawan luvlyriena Hazman Halid diulang hampir dah beratus kali siap transfer kat iphone dan ipod lagi....dah sekian lama kenal beliau tapi lagu yang dimainkan baru2 ni "beribu sesalan" dan juga lagu "sepi" buat alunan itu menusuk sampai ke jiwa yg sememangnya sedang dalam kekacauan ini.  bangga dengan beliau sebab buat ianya menusuk sampai ke tulang sumsum!! dan boleh retak tulang sumsum korang!! (beb!! nanti i hantar kat u gulai siput eyy!!)


Tahniah!! beb...sebab buat semua orang terpegun dengan petikan piano you tu...bakat yang dianugerahkan buat you amat2 berharga...terima kasih sebab berkongsi dengan semua bakat yang you ada tu (pujian ala2 nak sirap limau free dari Restoran MS heheh) sambil membelek2 setiap clip video koleksi beliau...teringat satu clip yang dimainkan oleh beliau "ketulusan hati" likeee gila sbb ada gambar candid luvlyriena heheeheh!! Thanks beb!! sbb abadikan gambar tu...hampir terlupa pasal clip "ketulusan hati' ni... heheheh....





Jiwa kacau!! kepala sarat...arrgghhh!! keserabutan melanda....macam2 perkara dan masalah yang luvlyriena hadapi sejak dari minggu lepas...ditambah dengan kesibukkan tugasan yang terpaksa luvlyriena siapkan...termasuk dengan persiapan reunion pada sabtu ni 2hb Julai...hurmmm....okeyhh!! nak sambung membelai jiwa ahaks!! take care...

Monday, June 27

Mampukah Kita...

Esok adalah sesuatu yang tak pasti... Hari ini adalah Kenyataan dan Semalam adalah KENANGAN... dalam mengejar hari esok yang belum pasti kita sering lupa untuk memandang hari semalam yang ditinggalkan kerana indahnya hari ini yang dilalui... Bila kita sudah boleh berlari laju kita lupa bagaimana sakitnya terjatuh ketika berjalan dan merangkak.... 



Kenapa kita perlu menilai diri kita dengan kelemahan dan kekurangan insan lain sedangkan kita punya pilihan untuk membuat perbandingan dengan mereka yang mempunyai kelebihan dan kekuatan.... tapi itulah lumrahnya manusia yang sering memandang kekurangan seseorang sebagai satu kelemahan sedangkan kita lupa ada sesetengah manusia yang menggunakan kelemahan mereka sebagai senjata untuk menjatuhkan yang lain... jadi berhati-hatilah dalam membuat penilaian....

Menjadi yang terbaik dalam segala hal adalah impian setiap insan dimuka bumi ini tetapi sering kita lupa dalam usaha untuk menjadi yang terbaik ada ketikanya kita melukakan hati insan lain... kita menyakitkan pandangan insan lain... dan tak mustahil kita menginjak impian mereka demi untuk kebaikan kita sendiri... mengundurkan diri bukanlah jalan yang terbaik untuk mengatasi sesuatu masalah... SERING kita beranggapan kalau kita menjauh atau mengundurkan diri kita akan membiarkan insan sekeliling kita bahagia tapi pernahkah kita cuba mendengar tangisan disudut hatinya yang merintih kerana kehilangan kita???? Adakah kita sebenarnya seorang teman yang baik.... insan yang mulia kerana membiarkan mereka yang mengharapkan bantuan kita menangis sendirian???? Pernahkah kita terfikir bukan kemewahan harta benda yang mereka harapkan dari kita melainkan kasih sayang dan pengertian semata-mata.... Nilai wang ringgit tidak memberi apa-apa makna kepada mereka yang mengharapkan sebuah perhubungan yang sejati...

Jangan sesekali kita memandang suatu senyuman dan ketawa itu sebagai sebuah kegembiraan dan kebahagiaan kerana ada yang menyorok seribu duka dan kecewa disebaliknya. Sebaiknya selamilah hati mereka yang kita biarkan sendirian, fahamilah bisikannya dan dari situ cubalah menjadi seorang yang terbaik.... Kemenangan dan Kejayaan yang amat bermakna bukan bererti kita berjaya menjadi yang terbaik bagi semua orang tetapi cukup dengan menjadi yang terbaik HANYA UNTUK SEORANG insan yang benar-benar menghargainya..... Tepuk dada tanya lah hati MAMPUKAH kita???

Sunday, June 26

Terkesan dihati...

hai readers!!....disebabkan terlalu penat luvlyriena membongkangkan diri awal dan luvlyriena terjaga dari tidur sebab perut meragam tetiba...sempat bukak fb seround wahhh!! baru perasan ada clip baru yang Hazman Halid tagged untuk luvlyriena...korang tau tak .....terus luvlyriena tak boleh sambung tido sbb clip kali ni amat berbeza tak seperti clip2 terdahulu....clip video terbaru Hazman Halid kali ni amat terkesan dihati luvlyriena...sangat2 mendayu dan sangat2 sedih....uuwwaaaaa!!!.....dah berpuluh kali luvlyriena replay clip video beribu sesalan ni....tak tau kenapa airmata boleh menitis bila dengar petikan yang kali ini...semacam dapat merasai kesedihan dan apa yang tersirat di hati beliau juga...dahla diringi background clip yang juga terkesan dihati...love sangat2 untuk clip yang ni...apatah lagi saat luvlyriena sedang dalam kecelaruan...... 

Sebelum ni luvlyriena sangat suka mainkan clip "sepi" dari beliau tapi yang terbaru ni amat2 berbeza....belum ada clip yang boleh buat airmata luvlyriena menitis bila mendengar.....seperti dibuai segala perasaan yang tersirat bila menghayati tiap petikan dari beribu sesalan ni....Thanks sangat2 sebab tag luvlyriena untuk beribu sesalan ni...pada korang yang nak tengok hasil petikan piano dari En. Hazman Halid silalah like ke fanpage beliau ya...tak silap luvlyriena ada posting entry pasal clip video petikan piano dari En.Hazman Halid ni tak lama dulu...okeyy guys...kat sini luvlyriena nak share clip video "beribu sesalan" ni dengan korang!!! kepada En Hazman keep posting teruskan berkongsi bakat yang you ada tu....Million thanks sbb tak pernah lupa tag luvluriena




UUwwaaaa!! Luvlyriena dah tak boleh lelapkan mata bila dengar lagu nihh!!! Airmata menitis tiba2 seolah2 beliau amat memahami apa yang terkandung kat jiwa luvlyriena

~~ Thanks for reading this ~~

Saturday, June 25

Melayan kerenah si kecik

Assallamualaikum~~

dan ini entry ke3 dan yang terakhir untuk hari ni....lepas balik dari undangan majlis perkahwinan di dewan meranti luvlyriena ke One Utama Damansara melayan kerenah si marsitah tuntut janji untuk membeli buku dan kaler pensil....Dah dapat baru senyap heheheheh!! si kakak pulak sibuk nak mencari cover ipad2...hurmm boleh tahan jugak mahalnya cover ipad2 ni....melayan kerenah si marsitah dan kakak tak sedar hari dah beransur gelap...almaklumlah duduk dalam shopping kompleks mmg selalunya akan tak sedar diri heheheheh!! sempat singgah di restoran/cafe just thai....untuk memenuhkan isi perut heheheh!! (walhal sblm tu dh mkn kat kenduri kawin ) hurmmm camana nak diet camni ahaks!! okeyy!! luvlyriena pun dah penat sehari suntuk merayap dan berjimba....take care n nite.....







Selamat Pengantin Baru

Assallamualaikum.~~

Hurmm entry ke2....lepas dari cuci mata kat area bukit bintang luvlyriena bergegas pulak ke Dewan Meranti Sg.Buluh menghdirkan diri ke majlis kawin anak jiran luvlyriena masa kat kampung :-) "Selamat Pengantin Baru" buat Musfirah Abd Hadi dan Abdul Rahman moga kekal hingga ke hujung nyawa....terima kasih atas undangan...meskipun luvlyriena lewat sampai ke majlis luvlyriena sempat abadikan foto bersama pengantin.... :-)

Pusing2 Jalan2

Assallamualaikum~~

Hari ni memang hari untuk luvlyriena cuci mata :-) saja nak ilangkan tension dan penat kerja...pagi ni luvlyriena sempat ke karnival /festival Kl di bukit bintang...hurmm ramainya la orang jalan semakin sesak bila laluan berhadapan sungei wang ditutup utk acara karnival jualan....sempat la luvlyriena singgah cuci mata :-) seronok jugak tgk mcm2 acara...apa yang paling menarik remaja2 melukis di kanvas guna cat sembur...seperti biasa kalau ada event sebegitu dah tentu2 ada konsert mininya sekali kannn...ok ni sekitar gambar2 karnival yg sempat luvlyriena ambil dari kamera hp... :-) 



Friday, June 24

Berlari merentasi waktu

Assallamualaikum~~

Hari ni entry pendek jee...sebab hari ni adalah hari yang tak mencukupi waktu hihihi!! sedari pagi padatnya jadual...terkejar sana terkejar sini...then ke KGPA ada meeting untuk reunion batch90' abis meeting berlari lak ke KLCC.... wahhh!! bila dah bizi camni waktu tu rasa tersangatlah singkat..sampai bateri hp pun abis sbb tak sempat nak caj...so meeting kali ni tak berkesempatan nak pukul gambar...tempatnya amat selesa dan cantik bagi yang suka buat event ala2 privacy sikit :-) 

Apapun sekarang waktu luvlyriena masak untuk makan malam lak pastu mengemas lepas tu nak setelkan aturcara dan jugak teks ucapan pendek kata hari yang amat letihh...nasib jugak la 3rd meeting untuk 2gether 4ever cliffordians ditunda kalau tak alahai tak terkejar...okeyhh!! luvlyriena dah nak masak dah...daaaaa.... ;-)

Thursday, June 23

Restoran/Cafe MS (Lost In Wonderland)

Assallamualaikum~~

Sebut pasal restoran/cafe...automatik kita terbayang "OldTown White Coffe"...."Paparich"...."Starbucks" and Thai seafood/kampung/tomyam.. bla..bla..bla.....dah terlalu banyak cafe yang ada sekarang ni....kalau korang nak tau satu-satunya cafe/restoran yang menarik minat luvlyriena sekarang ni ialah "Restoran MS" yang terletak di Subang Mewah...cafe yang diusahakan oleh kawan luvlyriena En.Hazman Halid dan partnernya....luvlyriena belum berkesempatan menjejak kaki ke Restoran MS ni tapi luvlyriena tertarik dengan interior designnya yang seolah2 berada didalam WONDERLAND.... :-) Tahniah!!!! buat kawan luvlyriena En.Hazman Halid dan rakan kongsinya yang telah berjaya membuka cafe.....Good luck!!... :-) (ppsstt!! boleh la belanja luvlyriena kann!! ) 

Bagi mereka yang gemar melepak di Cafe sudi2lah...menjejakkan kaki ke "Restoran/Cafe MS" Anda pasti merasa diri anda berada di dunia Alice....Lost in Wonderland heheheh!!
Menu?? of course la tak payah cakap.... dijamin memang puashati sampai menjilat ibujari kaki :-)
Ok enough for today later luvlyriena akan upload gambar2 restoran/cafe ni okeyy!! 


Alamat cafe :

Blok G1-01-19, Pangsapuri Angsana,
Persiaran Subang Mewah,
47600 Subang Jaya

Right next to the mosque and the Petronas gas station.







Ikut Suka.. Apa Aku nak pakai....

salam...
topic of the day..STYLE..
Saya seorang yang sukakan fashion..addict kot..kalau fashion tu was a crime..pasti saya dah masuk penjara lama dah..to be honest..masa mula2 dulu..saya suka sangat follow others style..saya nampak dia cantik..so saya nak jadi dia..kadang2 saya pakai apa yang orang suka..just to make them happy but deep inside..im not happy with that..

But lama2 saya fikir..if u have to follow others fashion or style..u cannot be yourself..i still remember my friend told me this "Iena be humble with yourself..wear something you like, not others.."

start from that..saya dah xterikut ikut,cuma kadang2 buat mereka sebagai sumber inspirasi..tapi untuk follow mereka 100%, TIDAK.

Saya senang dengan cara sebegini..cantik ke..tidak ke..terpulang kepada si penilai..tapi my advice is..
pakai apa yang kamu rasa selesa dan sesuai dengan kamu..bukan pakai apa yang sesuai pada pandangan orang lain..kalau kita pakai sesuatu untuk nampak cantik selalu dimata orang lain..pakai dengan niat untuk impress others..pakai dengan niat supaya others think yang kita ni omg sungguh style..oh baju die sangat mahal..trust me..it wont make u happy..

everybody is beautiful in their own way..so..just be the way you are..

Thanks for reading this.... :-)

Renungkan Sejenak...

Bangkitku dari lena pagi ini seperti hari-hari yang berlalu. Masih diizinkan Ar Rahiim untukku menghirup secangkir kehidupan. Menghirup nikmat-nikmat Allah yang tak terhitung banyaknya menguji iman di hati adakah bersyukur atau alpa. Pintu hari dikuak dan sehari lagi kita mendekati saat kematian yang telah ditentukan itu. Peliknya, hati seakan-akan lupa hakikat itu dek kesibukan duniawi yang melalaikan kita dari mengingati suatu kematian yang pasti.
Mati seolah-olah “mati” dalam hidup kita. Saban hari orang bersengketa – tentang itu dan ini, berebut kuasa, mengecam dan mendabik dada. Harta, kuasa, nama dan populariti jadi hijab yang menghilangkan bayang-bayang mati yang mengikut kemana sahaja manusia pergi. Cinta dunia melenyapkan hakikat adanya sebuah kehidupan yang abadi.
Kita tidak tergamak, bermusuhan sesama saudara, sesama sahabat dan sesama Islam kalau kita kita ingatkan mati. Kita tidak akan berdendam, marah, memfitnah dan melakukan pelbagai penganiayaan jika sedar kita sendiri akan menghadap Allah yang mengetahui tentang kita segala dan semuanya. Baik, mulia, agung dan hebat sangatkah kita?
Wahai diriku dan saudara-saudariku, mari kita kenangkan saat berpisah yang pasti menjengah. Kenangkanlah saat yang dibimbangkan oleh orang-orang yang soleh itu. Hayati apa yang ditangisi oleh Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali RA itu. Mereka mengikut jejak kekasih mereka Rasulullah SAW yang sentiasa mengingati mati. Itulah sumbu bagi pelita kehidupan mereka. Tanpa ingat mati, apalah guna hidup ini…
Hari ini, urut dadamu, pejamkan matamu… istirehat seketika dan katakan: “Wahai diri, aku akan mati”! Kemudian bukalah mata, dan sematkan di hati bahawa segala ujian hidup ini adalah kecil dan sedikit berbanding apa yang akan dihadapi nanti. InsyaAllah, akan lapanglah hati… dan mulut mampu tersenyum dengan segala cabaran yang mendatang. Masakan orang yang melihat singa berhampirannya masih merungut tentang seekor semut yang menggigit kakinya?


Begitulah diriku dan saudara-saudariku, keyakinan kepada kehidupan akhirat akan memberi kekuatan dalam menghadapi kehidupan di dunia. Kenangkanlah saat berpisah kerana…
Saat perpisahan itu pasti tiba. Dan tidak ada masa yang sesuai untuk saat itu. Jika datangnya kita tidak diminta, maka perginya tidak diduga. Bila sanggup hidup, mesti sanggup mati. Bila sanggup datang, mesti sanggup pulang. Kita hanya menghabisi bilah-bilah hari yang telah ditentukan. Tujuan ke sini untuk diuji… tiba masanya pasti kembali!Mengapa terlalu enggan untuk berpisah? Nikmat sangatkah dunia ini?
Padahal senang dan susah bertukar ganti, suka dan duka datang dan pergi. Tidak ada yang kekal lama, semuanya bersifat sementara. Jika mati tidak memisahkan, kesenangan ini pun akan pergi jua. Kata mereka yang arif tentang kehidupan:


“Manusia lahir bersama tangisan, dicelahi kehidupannya oleh tangisan dan akan dihantar ke pusara oleh tangisan.”


Pernahkah ada kesenangan yang abadi dan hakiki? Tidak ada. Justeru, hiduplah berpada-pada. Hiduplah bagai musafir lalu yang singgah bagaikan dagang di rantau orang. Hatinya tetap merindui kampung halaman. Hiduplah bagai orang yang sedang menyeberangi satu jambatan. Tidak sudi berlama-lama kerana di situ hanya sementara. Kakinya melangkah kencang justeru jiwanya sudah di seberang.
Hidup mesti sederhana kerana dunia ini sementara. Sederhana itu bukan pada ringgit dan harta tetapi pada jiwa dan rasa. Jangan terlalu gembira, jangan terlalu berdukacita. Tidak ada kesenangan yang tidak diiringi kesukaran dan tidak ada kesukaran yang tidak diiringi kesenangan. Selepas ketawa, pasti menyusul air mata. Selepas nestapa pasti kegembiraan menjelma. Allah memberikan kita terang… untuk bersyukur. Allah berikan kita gelap… untuk bersabar.
Jadilah insan lara yang temannya mujahadah dan taubat. Sentiasalah berusaha menjadi insan yang baik walaupun masih digamit oleh ghairah kejahatan dan dosa. Jatuh, bangun kembali. Jatuh, bangun lagi. Ukirlah seribu taubat walaupun telah berkali-kali ia dimungkiri. Allah tidak akan jemu taubat hamba-Nya selagi kita tidak putus asa kepada-Nya. Tempuhi jalan mujahadah sekalipun langkahmu pernah goyah. Jangan mengalah. Kau tidak akan kalah selagi tidak mengalah.
Luruskan jalan menuju Tuhan dengan tulusnya hati sesama insan. Elakkan hasad, jauhi mengumpat. Jika tidak mampu menambah, jangan mengurang. Jika tidak mampu menjulang, jangan menghalang. Ingat selalu kata hukama:


“Jika tidak mampu menjadi garam yang memasinkan ikan, jangan jadi lalat yang membusukkannya.”


Jika tidak dapat mengucapkan perkataan yang baik, banyakkan diam. Jika memberi nasihat dirasakan terlalu berat, cukuplah dengan menghulurkan doa dan munajat. Setiap kita mempunyai kelebihan. Kata orang, Tuhan tidak mencipta manusia bodoh… Tuhan mencipta manusia dengan kebijaksanaan berbeza. Justeru, carilah apakah “kebijaksanaan” itu kerana itulah saluran kita untuk berbakti.
Ketika rasa takut singgah oleh kebimbangan dijemput maut… katalah pada diri, bila berdepan dengannya kita akan lupa segala-galanya. Kesayangan yang kita takutkan kehilangannya, kecintaan yang kita bimbangkan perpisahan dengannya, akan menjadi sedebu bila berdepan dengan detik itu. Kita akan terlupa akan jalan yang telah jauh kita tinggalkan di belakang kerana memandangkan jalan yang lebih jauh merentang di hadapan. Ingatlah, kata-kata ini:


“In life, what sometimes appears to be the end is really a new begining.”



Sesungguhnya mati itu bukan satu pengakhiran tetapi satu permulaan kepada satu kehidupan yang lebih sejati dan hakiki. Mati itu hanya proses perpindahan – dari alam dunia ke alam barzakh. Sama seperti kelahiran – proses berpindah dari alam rahim ke alam dunia.

Ya, kalau sanggup datang. Mesti sanggup pulang. Hati sewajarnya sentiasa merasa bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah. Bukankah kita bertemu untuk berpisah? Dan berpisah untuk bertemu? Semoga kembara kita di dunia akan tiba bersama di hujung destinasinya… syurga!
Amin.

Sugar Glider

Hai readers!!!! ni luvlyriena nak share info dari apa yang luvlyriena google dan dapat...luvlyriena copy paste dari sugarglider.com...ni boleh membantu bagi sesiapa yang berminat dengan "sugar glider" ni... :-)






The sugar glider (Petaurus breviceps) is a small arboreal marsupial that is found in the forests of Australia, as well as in Tasmania, New Guinea, and the neighboring islands of Indonesia. This little creature is a member of the same order that includes kangaroos, opossums, wombats and Tasmanian devils!
The sugar glider has very thick soft grey mink-like fur with a black stripe that runs the full length of the body in line with the spine. This black stripe extends up and over the top of the head. The last couple of inches of the tail are also black. The glider also has dramatic black markings on the face, legs and back. The sugar glider's head and body measures five to six inches with a bushy tail of equal length. The adult glider weighs 4-6 ounces, with the male being the larger. All marsupials have several features in common. Among these are the structure of their reproductive organs, dentition and a short gestation period followed by a long developmental period for their young. Like most marsupials, the female has a pouch in which the baby glider is carried.
In the wilds of their native habitat, the sugar gliders are tree dwelling creatures, often living in groups of 15 to 30. They are active by night when they hunt for insects and small vertebrates and feed on the sweet sap of certain species of eucalyptus, acacia and gum trees. Sugar gliders are so named for their preference for sweet foods and their ability to glide through the air like a flying squirrel. They travel through the midnight tree tops by launching themselves into the air and transforming into a living kite by spreading out their sails of skin. They can make glides up to fifty meters and use their long tails as rudders to control the direction of flight. They have even been known to snatch an insect out of the air in mid flight. This gliding is made possible by a thin membrane of skin called a patagium that extends between their front and back legs.
Gliders have odd qualities such as opposable fingers and toes and the male glider has a forked genitalia. Their front feet have five fingers with sharp scimitar shaped claws. The hind feet each has a large opposable big toe. The next two toes are fused together (syndactylous) to make one toe with two nails. This toe is used as a grooming comb. The glider will scratch himself with this comb and then bring the foot around to his mouth, clean it, and repeat the process over and over. This syndactylous toe is typical of many marsupials. The ears are large, thin and hairless and are constantly in motion, moving independently of one another to pick up the smallest sounds. The eyes too, are very large and dark and are oriented towards the sides of the head to allow for a wider field of vision.
Sugar gliders are capable of a wide repertoire of calls that vary from bird-like chirps to dog-like barking. By far their most extraordinary vocalization is the one they make when disturbed in their nest. This is what we call crabbing. It defies description but sounds somewhat like those rattles they hand out at new year parties. Calling to one another is just one means by which they communicate.
To identify each other they rely more heavily on scent. Each glider has its own specific scent signature that other members of the group recognize. Males have a scent gland on their head which looks like a little diamond shaped bald spot in the middle of their forehead. There is another gland between their front legs on their chest. Females have scent glands near the genital area and pouch. Sugar gliders "shake hands" by rubbing themselves on each others scent glands. Despite the fact that they communicate by scent, they are not particularly smelly. You may occasionally smell a fruity musky scent, but it is not strong and is nothing like what you would associate with ferrets or skunks.
In captivity, sugar gliders are kept in large bird cages or aviaries. They sleep in nesting boxes similar to those used for birds. A mated pair may produce up to three litters a year with one or two babies per litter being the norm. The babies are easily tamed with regular handling. Two sugar gliders of the same sex will cohabit successfully if you don't want offspring, however, males will fight each other for dominance if females are present in the group. A healthy captive diet consists primarily of vegetables, proteins, fruits. They also enjoy live insects, scrambled eggs, yogurt, nuts, fruit flavored pablum, monkey biscuits and fruit juices.
The sugar glider makes a fascinating and unique pet which becomes extremely friendly when provided daily interaction with humans. In order to become the friendliest possible pets, glider babies should be handled daily as soon as they have emerged from the pouch and their eyes are open. Their most endearing quality is the ease with which they bond to their human friends, especially when obtained at a young age (best if purchased shortly after weaning). Male sugar gliders generally reach maturity around nine to ten months; females shortly thereafter. Please note that sexual maturity can start as early as 4 months, making them capable of reproducing. If properly cared for, they will soon crave your attention. Being nocturnal, they are content to "snuggle" during the day in their cage or in your hand or pocket. During the evening, they become more active and will glide into your hand. Hand-tamed, well adjusted gliders are easy to handle and will not run away, even during their active periods. Both male and female sugar gliders make excellent pets, with a life span of ten to twelve years, sometimes longer. In the wild, however, 4 to 6 years is the usual life expectancy.
Although reasonably easy to care for, sugar gliders require more time than most small caged mammals, and have some specialized needs. Before deciding to become a sugar glider owner, be sure you have the commitment and time your new pet needs. Sugar gliders are extremely social animals. In the wild, they live in large family groups, called colonies. Because of their social nature, pet gliders should always be kept in pairs or small groups. No matter how much time you plan to spend with your pet, you cannot replace the companionship of another glider. It is unnatural for a glider to ever be alone, and unfair to force solitude upon your pet. When housed alone, gliders are likely to become depressed, withdrawn, even defensive, and may refuse to eat and could eventually die from loneliness! If you aren't interested in breeding, same sex groups are able to get along. If keeping males together, they should be litter-mates or introduced at a young age.
In the wild, generally, only one or two of the males in the colony will father all the babies. When the young are weaned and able to live independently, most leave their birth colony, although some will occasionally remain.
The newly independent juveniles band with other gliders of around the same age and form a new colony. Some research suggests that these "offshoot" colonies are, in fact, an extension of the original group. During times of plentiful food, the offshoot groups have been known to rejoin the original colony in a large extended family group, creating what is sometimes referred to as a "mega-colony" of fifty or more animals.
Tame gliders can be let out to play in the evenings but they must be supervised; you will be surprised at how fast they can "jump" away from you! Tame gliders like to climb on curtains, play in the house plants, and just plain jump from place to place. Give them an opportunity and they will find a way to play in your house. Gliders can become very bonded to their owners and can often be trusted to ride on a shoulder or in a jacket pocket.
The charming sugar glider is fast becoming a popular household pet in North America. Indeed, they have many of the characteristics of the perfect pet in that they are clean, personable, attractive and relatively quiet. Their housing and dietary requirements are easy to cater to. They are hardy and don't have a lot of health problems. But while sugar gliders really do make great pets, think before you buy a glider and consider the consequences to yourself as well as the glider: Do I have enough time to consistently care for the glider? Can I provide the glider with a reasonably large cage? Can I afford the vet bills if my glider becomes ill? Is anyone in the household allergic to animal fur? How will existing pets react to a sugar glider? Will my husband/wife divorce me if I bring home another pet? While owning a sugar glider is a rewarding experience, it IS a long term commitment.

Wednesday, June 22

Sugar Glider yg comeyy!!

Assallamualaikum~~

Hurmm...arini rumah luvlyriena didatangi tamu :-) dan tamu luvlyriena tu lak bawak Sugar Glider yang sangat cute!!!!!.... luvlyriena memang dari dulu suka sangat dengan binatang comeyy nihh!! cuma luvlyriena tak kesampaian nak pelihara sebab luvlyriena ada pelihara kucing...Mr.Asben kata tak payah nanti kesian kat binatang comeyy ni ken terkam....sedihh sebab tak dapat nak bela mende alah yang comeyy nihh!!

kebetulan arini kawan luvlyriena datang bersama anaknya..anaknya baru saja membeli sugar glider nihh!! memang sangat cute!! heehehe!! sugar glider ni memang sangat2 manja nak dengar suaranya alahai cukup punya payah dari awal kawan luvlyriena datang sampai nak balikpun sugar glider ni langsung tak berbunyi....katanya makanan peberet dia ialah apple n yogurt.... :-)) rasa cam nak picit2 je binatang comeyy nihh!! umurnya masih dlm lingkungan 2bln dan belum pandai nak melompat jauh2 mash nampak takut dan gayatnya heheheheh!! the best part is dia ada beg yang sgt lawa heheheh dan boleh dibawa kemana2....nak kembangkan sayapnya pun malu-malu heheheheh!!

Now rasa2 macam luvlyriena nak pujuk Mr.Asben nak pelihara jugak binatang comeyy lagi cute ni... :-))
Terima kasih kat adik Zuldarrien Izzya dan mamanya Izzudiawaty Izzudin sbb bagi aunty main2 dengan sugar glider yang comeyy nihh!! tq..tq...





Tuesday, June 21

Selamanya kan terpendam.....

Sekeping hati pendam sejuta rasa,
Sesekali kurasa tiada termampu lagi mengendong rasa,
Kepingin kukongsi rasa namun tiada kuterdaya
Tiada kumahu ada insan terluka
Kukorbankan sekeping hati dan sekujur raga,
Demi insan-insan yang amat dicinta
Lantas kuputus pendam selamanya,

Biar saja rasa bersemi di lubuk hati,
Biar saja sengsara hanya sendiri,
Biar saja luka sendiri kurawati,
Biar saja air mata membasahi pipi,
Biar saja semadi bersama jasad ditelan bumi,
Biar saja hanya Al ‘Alim tahu hakikat sekeping hati,

Duhai sekeping hati,
Sabarlah hingga ke akhir denyutan nadi,
Kiranya terluka baluti dengan meredhai,
Mohonlah pimpinan ilahi,
Agar tidak hanyut dek emosi,
Walau berjuta telahan dan perspepsi,
Tetap teguhlah menahan emosi,
Gusar terbit buruknya implikasi
Lantaran kekhilafan insan membuat konklusi

Demi keredhaan dan cinta ilahi,
Ikhlaskan diri sucikan hati,
Isihati tiada siapa mengerti,
Cukuplah hanya Allah mengetahui isi hati,
Tabahlah duhai hati,
Demi kebahagiaan di sana yang kekal abadi,
Adukan hanya pada ilahi,
Dialah sebaik-baik penenang hati

Minggu Padat

Assallamualaikum~~

hurmm...dah terlalu lama tak hapdet.....jadual luvlyriena teramat padat...dalam 3/4 hari ni...bermula dari kesibukkan kerja sampailah memenuhi undangan perkahwinan sana sini termasuklah dengan majlis perkahwinan anak buah luvlyriena di Kuantan....fuhhhhh!! bila segalanya dah selesai baru terasa diri seperti tak berpijak dibumi....memang sangat2 penat....terkilan juga rasa di majlis anak sedara ni sbb baju yang dijanjikan sedondon tak sempat siap...apapun...moment2 manis yang tak dapat dilupakan bila bertemu sahabat handai dan juga saudara jauh dekat....especially ngan cousin2 ku yang amat sporting gilerr!! sayang kat korang la beb!! :-) 

hari ni adalah hari untuk luvlyriena rehat ahaks!!!.....jumpa lagi dilain hari dengan posting2 yang seterusnya..daaaaaa...moga hari2 kalian diiringi keceriaan selalu...take care....

Selamat Pengantin Baru buat Mohd Fadhly & Sarini
Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat......



With my beloved cousins






PHOTO: CREDIT TO MY COUSIN SABARENA RASHIDA & FROM MY MOBILE


Disable text

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...