Showing posts with label Syawal. Show all posts
Showing posts with label Syawal. Show all posts

Tuesday, September 6

1 Syawal

Assallamualaikum...

Satu Syawal tahun ni agak sunyi di sebelah keluarga Mr.Asben....atas pemergian adik perempuan Mr.Asben.....arwah Norehan Malek pada 3 bln lepas.......tahun2 sblmnya arwahlah yang paling sibuk di dapur dalam menyediakan juadah raya setelah pemergian arwah mak ....setiap kali kami adik beradik balik berkumpul di kampung arwahlah yang menyediakan segalanya sblm kami balik...tahun ni agak hambar suasananya...apapun Al-Fatihah buat arwah adik iparku....tak banyak gambar untuk 1 syawal kali ini sebab luvlyriena terlalu sibuk melayan tetamu dan juga menyediakan juadah....seperti biasa selesai solat raya kami sekeluarga menziarah pusara bagi mereka yang telah pergi AL-FATIHAH buat semua yang telah tiada.....
lepas menziarah pusara bermulalah perjalanan ziarah menziarah sedara mara juga tak dpt di sertakan gambar sbb lupa nak charge henpon adehhhhhh!!! KL-TANGKAK-SEGAMAT-JASIN-LUBOK CINA-BAHAU-JELEBU dan dari jelebu terus balik KL.....hanya ni yang dpt diabadikan untuk tatapan :-) bila dah balik ke Kl juga tak smpt nk snap sbb terlalu sibuk di dapur setelah rumah diserang hendap sedari pagi sampailah ke lewat petang...pada sblh malamnya pula luvlyriena attend meeting untuk jamuan raya....apa yg dapat luvlyriena cerita ...nak tersandar rasanya kepenatan tapi sangat2 seronok... :-)












~~Malam Raya dan Bunga Api~~

Assallamualaikum...

setiap kali menjelang raya pom pam kebaboooo!! bunyi camtu mmg biasa sangat didengar lebih2 lagi dalam suasana kampung .....teringat luvlyriena zaman luvlyriena kecik2 dulu sangat suka main bunga api....nak main bunga api best bila malam raya... :-) satu perangai buruk yang jadi habit luvlyriena bila main bunga api nihh!! dulu kalau main bunga api dgn kwn2 atau sepupu sepapat perkara wajib bagi luvlyriena ialah suka cucuh peha org dgn tangkai bunga api yang panas....dulu2 punya bunga api besttt!! tangkainya besi dan belerang timbul tak mcm bunga api sekarang bunga api kertas dan asapnya terlalu tebal..dan bunganya pun tak secantik bunga api tangkai dawai.....(bunga api cap kepala kucing tak silap) :-)) tak pasti dah lupa gambar kertas sarung bunga api dulu2....dalam kesibukkan luvlyriena menyediakan juadah didapur sempat jugak lagi melayan kerenah anak2 bermain bunga api dan mercun... :-) sesekali teringin jugak naik main...bekalan mercun pop memang banyak untuk tahun ni heheheheheeh!! hurmm sape suke dN MASIH main meriam buluh??? ahaks!! lawan dengan kampung sblh..perghhh!! cam perang dunia bila masing2 bedil meriam masing2......okeyyy!! biarlah gambar yang menceritakan semuanya... take care....












~~Persiapan Raya~~

Assallamualaikum....

Ni la sebahagian dari persiapan menyambut raya...disatu sudut yang lain amat sibuk sekali membuat persiapan rendang,kuah kacang dan sebagainya...disatu sudut lain jugak luvlyriena tak berkesempatan snap gambar ini kerana luvlyriena sendiri teramatlah sibuknya menyediakan hidangan berbuka dan juga memotong ayam dan daging untuk dibuat rendang :-))









~~ masih menerima~~


~~Assallamualaikum~~

Agak lama luvlyriena tak hapdet PIECES OF LIFE!!!!....seringkali tiada kesempatan waktu untuk menarikan jari jemari luvlyriena ke ruangan ini...harap semuanya berada dalam sihat sejahtera hendaknya.....apa yang membuat luvlyriena tersenyum tika menarikan jari jemari ke ruangan ini ialah luvlyriena masih lagi menerima kiriman kad raya dari GKR :-) terima kasih buat Zarina Busu atas kiriman kad raya yang sangat cute!! :-)




Ramadhan telahpun berlalu dan Syawal telahpun menjelma...masih belum terlewat rasanya untuk luvlyriena menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan...agak sibuk syawal tahun ni bagi luvlyriena ini kerana tahun ni turn luvlyriena balik ke kampung halaman Mr.Asben....di Johor...kesunyian terasa syawal tahun ni bilamana kami sekeluarga beraya tanpa arwah adik mr.Asben....sebelum ni arwah lah yang paling sibuk dalam menguruskan persiapan raya setelah pemergian arwah mak....Al-Fatihah buat arwah......lebih sunyi bilamana adik Mr.Asben yang tinggal di Brunei tak dapat balik beraya bersama di kampung disebabkan tugasan.....apapun syawal tahun ni amat bermakna bilamana luvlyriena berkesempatan menziarah waris sebelah Mr.Asben tak kira jauh dekat....sekian.... 




Disable text

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...