Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts

Monday, October 31

~~Happy Birthday Sayang!!~~

Assallamualaikum....

Hari ni 31 Oktober adalah Hari Ulangtahun Kelahiran En.Suami....."Selamat ulangtahun Sayang!! moga panjang umur dan dimurahkan rezeki dan moga sentiasa sihat dan suksess...terima kasih atas segalanya sayang!!....Lv u so much....." sesungguhnya tiada yang berharga selain dari kehadiranmu dalam hidupku......sekian......

Tuesday, August 23

~~HILANG TERUS~~

Assallamualaikum...

hurmmm..orang lain semua dah sibuk ngan mood raya sana sini...merata2 tempat semuanya penuh tak terkata dibajiri orang yang entah dari mana datangnya......bagi yang kat rumah lak sibuk wat biskut raya...hias rumah dan macam2 lagi....bagi luvlyriena mood raya untuk tahun ni ilang terus...nak shopping takde mood nak hias rumah takde mood nak wat biskut raye pun takde mood pendek kata mood tu ilang terus tak tau kemana...sekian....

Friday, August 19

Mana Mak...(sekadar renungan)


Jam 6.30 petang.
Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah  menonton tv.  Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”


Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah. 


Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?" 


Ateh  menjawab, “Entah.” 


Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.


Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik. 


Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu. 


Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.


Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?" 


Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.


Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.  


Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya.


Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi. 


Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham. 


Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."


Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.


Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.


Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.


Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan. 


Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu. 


Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. 
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat." 


Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.


Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak. 

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. 


Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.” 
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit. 


Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi. 


Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat. 


Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak.. 
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "


Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."


"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh.. 


Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"    


Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?"  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia. 

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Thursday, August 18

Mampukah aku..


Dimana semangatku….
Yang telah hilang sejak beberapa lama…..
Serasa…
Tidak bermaya lagi untuk bekerja…..
Tidak berdaya lagi untuk meneruskan hidup di alam maya…

Sudah terlalu penat rasanya…
Sudah terlalu letih sekian anggota
Sudah terlalu bosan dengan segalanya……
Semua teradun sekata…..

Entah mengapa……
Terasa bagai hendak duduk diam sahaja…..
Bagai si patung cendana…….
Walau si pengukir mangatakan si patung cendana adalah haknya….
Walau si penjahit mengatakan Si patung cendana seharus miliknya….
Walau si ahli sihir juga mengatakan perkara yang sama…..
Namun si patung cendana hanya membatu seribu kata…..

Tapi apalah dayaku….
Aku makhluk bernyawa ciptaan Allah
Yang diberi hati dan perasaan….
Untuk menikmati keseronokan dan kepedihan……
Dan mencari….
Semangatku yang telah hilang

Hati,
Begitu besar sekali peranannya ….
Allah telah berfirman….
Dalam tubuh manusia ada seketul daging…..
Baik daging itu baiklah seluruh tubuh….
Busuk daging itu…
Rosaklah seluruh tubuh….

Tapi…
Dimana semangatku…
Yang telah hilang….
Mampukah aku untuk mencarinya semula…..?

Aku harus terus hidup…..untuk terus mencari….
Semangatku yang telah hilang…….
Namun…..Mampukah aku…?

Wednesday, August 17

Kerana Percaya....Diri Dikhianati

Assallamualaikum...

Hurmmm....Bila banyak idea tu memang mencurah-curah sungguh... kalo tak tu skali nak update pun jenuh duk perah otak ni.... mungkin agak nya melihat cuaca skang ni yang makin elok tu.. otak pun dah cair... tu yang mencurah² tiba.... apa luvlyriena mengarut merepek dan meraban niee??? ok² kita kembali kepada topik....


"dikhianati"??? apa perasan anda bila di khianati?? pernahkah anda dikhianati atau mengkhianati kepercayaan seseorang kepada anda?? mungkin anda mepunyai pengalaman seperti ini... sakit sebenarnya bila kita sedar diri ini dikhianati... tak kira dari kawan, keluarga mahupun orang disekeliling kita... terutama bila yang mengkhianati kita tu org yang paling rapat, sayang dan yang paling kita percayai...

urmmm... luvlyriena pernah dua kali dikhianati...pertama semasa luvlyriena masih di kuantan dan kedua di kuala lumpur....tapi dalam situasi yang berlainan dan org yang berlainan.... dan ianya cukup menyakitkan... kita ditipu hidup².... bila kita ikhlas dengan seseorang... mana mungkin kita mempercayai cakap² orang tentang seseorang yang kita percaya... ini luvlyriena nak citer pasal kes masa kat Kuantan....dan di mata luvlyriena pada mulanya memang dia ni sangat baik... solat tak tinggal... rajin tanya khabar keluarga dier... memang tak sangka la rupanya di belakang luvlyriena sebalik nya... tertipu rupanya dengan perlakuan nya yang sungguh baik... bak kata orang pijak semut pun tak mati... erm...

banyak cerita yang tak elok luvlyriena dengar dari kawan² dier tentang masalah dier ni... pernah luvlyriena tanya sendiri pada dier tapi seperti biasa la... tak mungkin nak mengaku keburukan diri sendiri... luvlyriena tak nak la tanya lebih² nanti dikatakan tak percaya kat dier plak... dan satu hari ader berlaku kehilangan... tak perlu luvlyriena sebutkan bentuk apa kehilangan tu... tapi agak bernilai la... dier ni leh dengan "baik hati" sama² tolong cari dan selesaikan masalah.. sungguh ku tak sangka sungguh bagus lakonan kamu... kami terpedaya sekali lagi... tapi cara kehilangan tu sangat meragukan... tapi kerana sifat percaya dan tak mahu menuduh tanpa usul periksa.... luvlyriena buang jauh² perasaan ragu² tu....


akhirnya rahsia terbongkar jua pabila kawan baik luvlyriena memberitahu sifat sebenar dia... waktu tu kami dah kurang rapat kerana faktor jarak.... pabila kawan luvlyriena ni sudah cerita memang luvlyriena percaya sebab tak mungkin die menipu luvlyriena... kami dah lama kenal... lalu luvlyriena cuba kaitkan dengan segala peristiwa yang berlaku... memang ader logiknya... mula dari tu luvlyriena mula menjauhkan diri darinya... sakit sangat rasa... kenapa dier sanggup wat tu seme... sungguh luvlyriena kecewa... rupa²nya bukan sekali tapi berkali-kali luvlyriena ditipunya...

takpela pasal kehilangan tu luvlyriena dah halalkan... mungkin bukan rezeki luvlyriena...tapi untuk kembali berkawan dan rapat seperti dulu... mungkin tidak... sakit sangat hati ni.... pernah dier cuba untuk kembali menghubungi luvlyriena tapi minta maafla luvlyriena tak layan...luvlyriena mengaku kalo benda kecil² memang luvlyriena leh maafkan tapi ini soal kepercayaan dan dier antara orang yang luvlyriena percaya sangat²...

jadi kepada sahabat² semua... hargailah setiap kepercayaan yang diberikan oleh orang sekeliling anda... jangan sesekali mengkhianatinya.. jika skali kita khianati nya mungkin sukar untuk kita kembali meraih kepercayaan itu semula.... fikir² kan....

wah!! panjang lak entri kali ini...dah macam luahan perasaan lak...huhuuhuu..^_^

Tuesday, August 16

Don't Ever Ask


IF U SCARED THE WORST ANSWER FOR YOUR QUESTION,
DON’T EVER ASK.
ONLY ASK WHEN YOU READY FOR IT…
jadi….ada pertanyaan yang tidak pernah luvlyriena tanya…
kerana tidak sanggup mendengar the worst answer for my question…
so, i leave it with question mark.
bila akan ditanya…?
mungkin 10 tahun…20 tahun….
atau akan luvlyriena biarkan tidak berjawab selamanya….
biar masa yang menentukannya….

Thursday, August 4

Realiti kehidupan...


Assallamualaikum...diam tak diam dah 4 hari kita menunaikan ibadah puasa...moga amalan kita diberkati olehNya...alhamdulillah masih diberi peluang untuk terus menikmati ibadah puasa seperti tahun2 sebelumnya...moga kalian juga tabah menjalaninya....maaf kerana sering lewat menghapdet dunia kecil yang penuh rentetan ni....waktu amat mencemburui....apapun didoakan kalian semua sihat2 aje....entry kali ni agak panjang sikit....memfokus ttg Realiti dalam kehidupan kita seharian....

Hidup ini bagai satu pentas sandiwara. Saat-saat gemilang adalah detik yang sangat manis dalam hidup kita. Di saat itu, kita akan dikelilingi oleh ramai orang…. Kita akan menari menyanyi gembira…. di sepanjang jalanan yang kita pilih…. menuju destinasi kita….Mereka disekeliling kita turut bertepuk-tangan, meraikan kegembiraan dan kejayaan kita…. Namun….ada ketikanya….kaki kita akan tersadung…..kita mengaduh kesakitan…. Namun, kita masih boleh bersorak gembira lagi……tanpa kita pedulikan kesakitan yang sedikit….

Disaat sedang kita rancak menari…..kaki tersadung lagi…….kita jatuh terduduk….. mereka tetap bersorak …… namun hanya ada satu tangan yang menghulur untuk kita bangun semula …… kali ini… perasaan kita sudah tidak lagi segembira tadi….. kita tetap harus meneruskan perjalanan …. Di pertengahan jalan … kita tersadung lagi batu yang lebih besar….menyebabkan kita tersembam…… tiada lagi tangan yang menghulurkan bantuan untuk kita berdiri……. Mereka tetap bersorak…..

Dengan tenaga yang ada, kita gagahi juga untuk bangun…..meneruskan lagi perjalanan yang belum sampai ke destinasinya…. Kesakitan kali ini lebih mendalam…. Perjalanan kita juga sudah tidak segagah tadi…..dengan sisa tenaga yang ada, kita teruskan perjalanan….

Di pertengahan jalan ….. terdapat pula satu lubang yang sangat dalam….. tanpa kita sedari…. Kita terjatuh ke dalam lubang tersebut….. kali ini… tiada siapa yang datang membantu kita…. Kita menanti…dan menanti…dan terus menanti…. Namun..tiada siapa yang lalu untuk memberikan bantuan… kita sedar kini,….Ada 2 pilihan di tangan kita….. samaada menanti lagi…entah sampai bila …… ataupun
cuba memanjat keluar dari lubang itu……

Di dalam lubang itu… terdapat banyak tulang belulang yang berselerakan….. jelas sekali….. pengembara sebelum ini telah banyak yang terjatuh ke dalam lubang ini…. Samaada mereka gagal keluar atau mereka mati dengan hanya menanti…..

Kita perhatikan disekitar lubang itu….. terdapat akar –akar pokok yang berjuntaian….
Kita gunakan sebagai tali untuk memanjat….akhirnya….kita berjaya keluar dari lubang maut itu….

Namun…..hakikatnya…. kita sudah tiada lagi tenaga untuk meneruskan perjalanan ini….. untuk bangun sekalipun sudah tidak mampu…..

Tiba-tiba….ditepi jalan itu terdapat satu tongkat kayu yang masih utuh….. kita gapai tongkat tersebut….kita jadikan pasak untuk kita bangun dan meneruskan perjalanan….

Di sepanjang perjalanan…. terlihat ramai lagi pengembara yang tersungkur…… ada yang masih gagah meneruskan perjalanan dan ada yang sudah berputus asa……tidak bangun dari kejatuhan….

Tidak! Kita semestinya tidak mahu menjadi seperti mereka….. Perjalanan ini harus diteruskan…..kerana kita amat pasti dihujung jalan…..destinasi yang dituju adalah satu kebahagiaan yang pasti……sebuah syurga untuk didiamai…..

Begitulah pentas sandiwara kita……

Di kala kita senang…ramai yang datang….dikala kita susah ….. mereka tetap datang untuk melihat kesusahan kita …. Bukan untuk menghulurkan bantuan…… walau apa jua caranya….kita mesti meneruskan perjalanan kita sendirian…….tanpa mengharapkan sebarang bantuan dari mereka…..
Dikala kita susah sekali dua….mungkin ada yang menghulurkan bantuan….namun…bila kesusahan terus tertimpa-timpa…..tiada lagi bantuan yang dihulurkan…..tiada lagi pertolongan yang diberikan……kita mesti berdiri atas kaki sendiri…dan berserah kepadaNya…

Bila kita terjatuh kedalam lubang gelap…- akibat dari satu kesilapan yang tidak sepatutnya kita buat, tiada siapa akan menghulurkan bantuan untuk kita menghadapinya… . Pilihannya di tangan kita… samaada terus bangkit dari kesilapan dan tidak melakukan kesilapan yang sama lagi atau terus berada didalam kesilapan itu…..dengan beranggapan….tiada jalan keluar dari kesilapan itu…….

Tuhan sentiasa adil kepada kita….

Walaupun kadang-kala ramai yang meyalahkan takdir…. Dia tetap memberi peluang kepada kita untuk untuk membetulkan kesilapan kita – selagi hayat masih dikandung badan…. Selagi itulah peluang untuk kita terus bangun…. Dia tidak pernah zalim kepada hambanya…… Dia sentiasa memberikan pertolongan kepada hambaNya…. Cuma kadang-kadang hambaNya yang tidak dapat melihat bantuan yang diberikan…..lalu menyalahkan Tuhan yang Maha Kuasa…. Tidak ramai yang mampu menggunakan akar dilubang gelap sebagai tali untuk keluar dari lubang gelap…. Tak ramai yang memerhati kayu-kayu perkasa di tepi jalanan sebagai Tongkat Sakti untuk untuk meneruskan perjalanan hidup – Satu perjalanan yang mesti dilalui dan disudahi oleh semua orang…

Kesudahannya hanya dua bagi kita semua….. tersungkur di jalanan… atau menemui syurga bahagia dihujung jalan…..

Disable text

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...