Showing posts with label Resipi. Show all posts
Showing posts with label Resipi. Show all posts

Tuesday, September 6

Dinner Tonight

Erkkk!! Alhamdulillah....kenyang sudah... ;-) setelah penat memikir menu apa akhirnya inilah hasilnya untuk malam ini :-))....








Saturday, August 13

~~Badak berendam~~

Hurmmm...korang suka dan pernah tak makan kuih yang nama "badak berendam" nihh? macam ni rupanya kalau korang nak tau!! nak buat pun senang je....


best giler kuih ni...masa kecik2 dulu kalau bulan puasa mak mesti wat kuih ni ;-)) k...luvlyriena nak kongsi resepi wat kuih ni... bagi mereka yg tak pernah rasa atau makan sudi2lah cuba membuatnya ;-))


BADAK BERENDAM

Inti
1 biji Kelapa muda (tak nak kulit arinya)
2 cawan gula putih
1 cawan gula merah (masak dengan air dan tapis)
sedikit tepung pulut (untuk mengilat dan mengentalkan inti)
Daun pandan 1 helai

Kulit
Tepung pulut
air (untuk membancuh tepung)

Kuah
Sedikit santan pekat dalam 3 cawan
Tepung beras dalam secawan
garam secukup rasa

Cara-cara masak inti :
Masakkan kelapa dengan gula putih dan air gula merah dan daun pandan.
Rasa-rasalah ya. Kalau nak lebih manis tambahkan gula. Nak masak inti kena lama sikit supaya inti kelapa ini tahan lebih lama. Bila inti ni dah nak
kering masukkan dalam segenggam atau dua genggam tepung pulut dan kacau supaya dia tak bergentel. Lepas tu sejukkan.

Kulit
Campurkan tepung pulut dengan air dan bancuhlah macam kita buat kulit kueh koci tu - tak terlalu keras dan tak terlalu lembik supaya senang nak bentuk.

Kuah
Masakkan santan kelapa dengan tepung beras dan letakkan sedikit garam. Kacau campuran ini di atas api yang kecil - jangan sampai bergentel - macam kita buat bubur tepung beras tu. Jangan sampai pekat sangat sebab nanti bila dah sejuk dia keras.

Nak buat kulit.
Masukkan inti ke dalam kulit kueh tadi macam kita buat kueh koci tu.
Masukkan ke dalam talam yang telah dilenser dengan minyak masak (untuk
mengelakkan dari melekat nanti). Selepas itu masukkan santan tadi dan
kukuslah dalam masa 15 ke 20 minit atau sampai masak.

Tuesday, August 9

Ayam Masak Pais style Pahang

Kita buat Pais Ayam ikut style orang Kuala Medang, Pahang. Pais orang Pahang menggunakan Tempoyak sebagai salah satu bahan utama untuk menyalut ikan sungai seperti Patin (berdaging lembut), kemudian dibungkus dengan daun kunyit dan daun pisang sebelum memanggangnya. Ikan2 laut yang kat pasar tu pun boleh sebagai gantinya. Di tengah bandar Kolumpo ni kan susah nak dapat ikan sungai. Kali ini luvlyriena sengaja tukar kepada ayam.

Jom tengok resipi yang original yang diajar oleh kawan luvlyriena dari Kuala Medang. Kita ni kekadang suka gak ubah2 resipi dok tambah itu tambah ini, ikut sedap. Sorry ye resipi tak der sukatan, biasa la resipi orang kampung, kena pandai2 adjust, silap haribulan terlebih cili buleh mencungap macam nak terkeluar biji mata... hahaha...

Pais 

A
Ikan atau Ayam - dibersihkan / fish or chicken meat - cleansed

B
20 biji Cili Api kampung (ditumbuk) / 20 pcs small chillies (pounded)
1 cawan Tempoyak / 1 cup fermented durian paste
Hirisan daun kesum / sliced polyganum
hirisan daun kunyit / sliced tumeric leaves
garam secukup rasa / salt to taste

Untuk membungkus/For wrapping
3 helai daun kunyit / 3 pcs tumeric leaves
Daun pisang / banana leaves

Gaul semua bahan B dan ratakan pada ikan/ayam. Bungkus dengan daun kunyit kemudian bungkus lagi dengan daun pisang. Panggang di atas api perlahan sambil dibalik2kan hingga masak. Hidangkan.
Mix together ingredients B and smear evenly onto fish/chicken. Wrap with tumeric leaves and cover with banana leaves. Grill on small fire and turn frequently until cooked. Serve.

Sambal Tumis Tempoyak Ikan bilis & Petai

I think we should be proud to introduce our own local traditionally prepared food to our youngsters and encourage them to feel how delicious it is to eat. That's why I tried the very best of me to learn from my mother of any 'oldies'  and traditional food which hardly found in most restaurant nowdays eventhough they're very simple and easy to prepare. Only that the ingredient used - no longer in favourite to some modern people. If we continuously ignoring those delicacies, they will totally out of sight in the future, and the heritage will gone forever. Food is heritable from generation to generation.

This is a cuisine from Pahang state - which to me the basic to many other recipe from another states by adding-in vegetables such as boiled tapioca leaves, or any other greeny.




Here is my recipe of Sambal Tumis Tempoyak Ikan Bilis & Petai


1 cup of petai beans - sliced
5 tablespoonfuls Tempoyak (fermented durian paste)
1/2 cup 'ikan bilis' or dried anchovies
salt to taste
1 big onion - sliced
4 tbsps cooking oil
tumeric leaf - thinly sliced (I skipped as not available in my stock)

pounded:
*12 pcs bird chilies
*5 shallots
*2 cloves garlic
*1 inch tumeric
5 tablespoonfuls of tempoyak

Heat cooking oil. Stir achovies n big onion for a moment....and take away....then stir/fry pounded ingredients to fragrance.
Add in fry anchovies n onion back. Add in somewater if needed. Cook the petai to tender.
and tumeric leaf, simmer a couple of minutes.
Serve..... :-))

Disable text

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...