Saturday, August 13

~~Badak berendam~~

Hurmmm...korang suka dan pernah tak makan kuih yang nama "badak berendam" nihh? macam ni rupanya kalau korang nak tau!! nak buat pun senang je....


best giler kuih ni...masa kecik2 dulu kalau bulan puasa mak mesti wat kuih ni ;-)) k...luvlyriena nak kongsi resepi wat kuih ni... bagi mereka yg tak pernah rasa atau makan sudi2lah cuba membuatnya ;-))


BADAK BERENDAM

Inti
1 biji Kelapa muda (tak nak kulit arinya)
2 cawan gula putih
1 cawan gula merah (masak dengan air dan tapis)
sedikit tepung pulut (untuk mengilat dan mengentalkan inti)
Daun pandan 1 helai

Kulit
Tepung pulut
air (untuk membancuh tepung)

Kuah
Sedikit santan pekat dalam 3 cawan
Tepung beras dalam secawan
garam secukup rasa

Cara-cara masak inti :
Masakkan kelapa dengan gula putih dan air gula merah dan daun pandan.
Rasa-rasalah ya. Kalau nak lebih manis tambahkan gula. Nak masak inti kena lama sikit supaya inti kelapa ini tahan lebih lama. Bila inti ni dah nak
kering masukkan dalam segenggam atau dua genggam tepung pulut dan kacau supaya dia tak bergentel. Lepas tu sejukkan.

Kulit
Campurkan tepung pulut dengan air dan bancuhlah macam kita buat kulit kueh koci tu - tak terlalu keras dan tak terlalu lembik supaya senang nak bentuk.

Kuah
Masakkan santan kelapa dengan tepung beras dan letakkan sedikit garam. Kacau campuran ini di atas api yang kecil - jangan sampai bergentel - macam kita buat bubur tepung beras tu. Jangan sampai pekat sangat sebab nanti bila dah sejuk dia keras.

Nak buat kulit.
Masukkan inti ke dalam kulit kueh tadi macam kita buat kueh koci tu.
Masukkan ke dalam talam yang telah dilenser dengan minyak masak (untuk
mengelakkan dari melekat nanti). Selepas itu masukkan santan tadi dan
kukuslah dalam masa 15 ke 20 minit atau sampai masak.

No comments:

Post a Comment

Disable text

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...